Friday, December 30, 2011

Tentang 'dia' bukan Dhia.

1 message received - Jelas nama pengirimnya. Dibiarkan sahaja atau dibalas?

Selalu 'dia' berdoa agar tidak dibolak balikan hati 'dia' dalam bersilaturrahim. 'Dia' tahu, ramai yang ragu dengan perhatian 'dia', bagi 'dia' cukup 'dia' dan yang diatas tahu, tentang hatinya. Yang lain tidak penting. 'Dia' sayangkan usrah ini. 

Nafasnya ditarik dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Angin yang keluar ikut hidung terasa panas bila biasan hembusannya terkena muka. Segera dikerutkan keningnya, makin terserlah usia sebenar 'dia'. 
Kadang-kadang bukan balasan baik, atau hadiah yang 'dia' inginkan. Mungkin sedikit perhatian dan fokus sewaktu 'dia' sedang bercerita, buat 'dia' rasa cukup bahagia dan dihargai. Kerana dalam cerita suka 'dia', 'dia' suka selitkan sekali cerita duka 'dia', kerana 'dia' seorang yang perasia. Kalau tak fokus, memang akan terlepas pandang, sebab 'dia' takkan ulang. Bila sekali percubaan kongsi 'dia' gagal, 'dia' takkan lagi berkongsi cerita duka 'dia'. Jangan salahkan 'dia' kalau 'dia' tak lagi mahu berkongsi, 'dia' lebih rela berkongsi kegembiraan, masa, tenaga dan juga wang. Hm, juga kasih sayang. Sewaktu 'dia' benar-benar perlukan sokongan, jarang 'dia' pamerkan raut kerisauan. Mungkin 'dia' tak mahu orang-orang sekeliling tahu 'dia' dalam tekanan. Yang 'dia' mahu bila 'dia' berasa hiba 'dia' ingin orang disekelilingnya dekat dalam dirinya, cukup untuk ada depan mata. Cukup ke?
Tisu betul hati 'dia' kan? Eiuwwwww . . hahahaha

Ku sangkakan hidup sampai kepetang, rupanya menjadi mayat ditengah hari - HAMKA (kereta mayat) 

Entry tanpa tajuk.

Surah yaasin dipasang, berulang-ulang dengar.

Tenang dan mententeramkan, bagaikan tiada beban. 

Lagi 2 hari masuk tahun baru, hari baru, bulan baru, akan adakah dunia baru buat aku? Ceh!

-------------------->
1999 selepas tamat sesi persekolahan tingkatan 5.

"Kau ada cita-cita?" 

"ada"

"apa?"

"aku nak kawin sebelum umur 25 tahun." (sambil tersengih kerang)

"bodoh kau ni, tu bukan cita-cita, tu gatal namanya"

--------------------->
Penghujung 2011.

Sambil tersenyum, aku masih lagi sendiri. Pengalaman buat aku ngeri nak masuk dunia baru itu.

Sebaik-baik ibadah adalah doa: Yaa ALLAH, jika dia benar untukku. Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU. Dialah permata yang dicari selama ini, baru kutemui. Tapi, ku tidak pasti rencana Ilahi. Adakah dia akan kumiliki? Tidak sekali dinodai nafsu, akan kubatasi dengan syariat-MU. Jika dirinya bukan untukku. Redhakan hatiku dengan ketentuan-MU. Yaa ALLAH, Engkaulah tempatku bergantung harapanku. Kuharap diriku sentiasa dibawah rahmat-MU. Amin . . Amin . . Amin . . Yaa Rabb.





Thursday, December 29, 2011

Sakit itu kifarah dosa

Lokasi : Restoran D'Rinting


"dik, mee hoon goreng ayam dua, pedas-pedas aw, pedas giler, kalau tak pedas kami pulang balik"

"okay kak, pedas giler"

OMG! memang pedas giler, sampai keluar air mata aku makan mee hoon ni. Dan akibatnya satu hari suntuk sampailah entry ni sedang ditulis, aku masih lagi menahan kesakitan, dan keluar masuk tandas. Ceh!, menyesal giler aku. Nilah kata orang-orang lama, dah terantuk baru nak tergadah. Baru nak tunjuk eksyen

Dan gara-gara mee pedas giler semalam, aku lambat lagi pergi kerja. (oke, ini alasan manusia malas macam aku) wuhu! Dan sekarang aku sangat-sangat mengantuk, sepanjang malam tadi rasanya aku habiskan masa bersama DR.Tan.

Aku jarang sakit, setahun kadang-kadang nak dapat demam pun susah. Sakit hati tu selalu. 


Sesungguhnya ALLAH benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya.



Wednesday, December 28, 2011

Jangan biarkan hati dikunci oleh rasa benci.

Sebelum aku bersedia keluar rumah untuk ketempat kerja pagi tadi, aku harapkan supaya cuaca baik, perjalanan akan lancar dan semuanya dipermudahkan. Dalam rancak lagu yang diputarkan oleh dey jay radio, fikiran aku mula menerawak jauh, gara-gara terdengar lagu dari Sixth Sense feat Saujana, penerang hati.

Tahukah dia apa yang aku pinta disetiap doaku? "Tuhan tolong aku, jaga dia, Tuhan aku sayang dia, Tuhan tunjukilah dia jalan yang benar"

Antara sedar dengan tidak, aku akui dia semakin meningkat dewasa apabila umurnya sudah genap 21. Rasa risau yang menguasi perlu aku kurangkan supaya dia rasa selesa untuk terus berkongsi apa saja menurut dia setelah hilang rasa hormat dan kepercayaan terhadap aku.

Dan aku terus khayal menikmati lagu penerang hati, sambil terbayangkan kalaulah sekarang ni aku tengah duduk kat seat belakang, dalam kereta mewah siap ada driver lagi sambil baca surat khabar dan melayan Galaxy Note. Oh! best gila. 

Mencinta-MU, tenangkan jiwaku. Merindu-MU, hatiku selalu. Hanya diri-MU satu, cintaku. Tak mampu ku jauh dari-MU. Hanya pada-MU Tuhan, ku rayu. Kau terangi aku, Engkau penjaga hatiku, pendaping jiwaku, cerahkan cintaku, cinta yang abadi. Ku akan mencintai-MU seluruh jiwaku.









Tuesday, December 27, 2011

Disember.

Facebook selangkah lagi dengan lebih baik, TIMELINE. Mula-mula nampak macam serabut, lama-lama rasa cool pulak. Biasalah pembaharuan tanpa pengetahuan memamang sukar nak diterima. 

Tapi pada aku TIMELINE ni, macam mesin masa. Post-post yang dah basi, semua boleh nampak balik. Macam mengimbau sejarah hidup  rasanya. 

Bila Disember datang aku rasa tak tenteram. Macam-macam peristiwa pahit yang berlaku sekitar bulan ni. 


January, please be nice to me. Berakhirnya Disember, maka berakhirlah segala episod duka dan luka. Aku suka Januari, tak sabar nak update ASB. Hahaha.


Money can't buy happiness. But at least it can create misery for other people.

Aku bila tension.

CASIO-Jam pertama aku yang ada lampu.
Awak ada? takde kannn : D

Aku ada habit buruk, bila aku tension aku akan beli sesuatu yang aku dah ada, lepas tu timbul rasa menyesal. Jangan contohi aku, okey

Tapi kali ni, aku tak rasa menyesal, sebab nilah kali pertama aku ada jam digital siap lampu lagi color gold. Whoa cool! aku nampak ladies kata dia. Teringat pulak zaman sekolah rendah dulu, kalau ada member yang pakai jam tangan digital, sah-sah kena kutuk/ejek sebab tak tahu tengok jam. Alahai, kanak-kanak oh kanak-kanak.

Lagipun aku memang dah lama nak cari jam ni, selalu jumpa kat bazar karat JB, nak cari yang original susah sikit. Bila dah jumpa terus beli. Puas hati, walaupun time ni aku tengah pokai. Tapi, aku tak pasti yang aku ni punya ori ke tak. Nak ori, beli kat oversea lah kan? 

Dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhan-Nya.

Friday, December 9, 2011

Lagi-lagi lara

Sejak dari awal tahun aku dan airmata macam dah bersatu. Ceh! Kebetulan memang musim cerita sedih yek. Sila rujuk filem cinta Ombak Rindu dan drama terbaru Dingin Lavenda, slot Zehra TV3. Episode 1, 9:00pm ini comfirm lencun lengan baju.

Melayan musim bunga waktu winter memang menghayalkan. Oleh kerana Malaysia tak ada winter, yang ada cuma musim tengkujuh, dan entry ini ditulis waktu hujan sedang turun. Aku teringat tentang mustajab doa, yaini waktu-waktu yang ALLAH makbulkan doa. Salah satunya adalah ketika hujan turun, ini tak masuk lagi bab doa orang yang teraniaya.

Dalam kebasahan hujan bersama airmata, aku bermohon agar Tuhan kirimkan aku teman hidup yang baik hati:
"Yaa ALLAH, pertemukanlah aku dengan seseorang yang dapat mententeramkan jiwaku, agar aku dapat menyempurnakan ugamaku."
Lalu hujan pun bertambah lebat memakbulkan doa-doa mereka yang beriman. Semoga doaku ini didengar Tuhan dan diaminkan para Malaikat.

Jom main hujan! Haha. 


Amacam seronok? suka? Tiga tanda soal cukup tak bagi jawaban?

Mata, sakit mata. Tekak, sakit tekak. Hati? Hati sedang cemburu melihat orang lain punya teman.

Hmmm . . Semua sudah ada yang mengatur, iaitu ALLAH S.W.T., jika saatnya ketemu nanti, akan ketemu juga.





Tentang Hati.

Hati kecik atau kecil hati? Aku pun tak pasti. Tapi sekarang apa yang aku sangat pasti aku tengah kecil hati. (huhu, entry kali nih aku tulis syok sendiri)

Jangan disimpan, diluahkan. Itu kata seorang kawan waktu kami sembang petang-petang kat kedai makan tepi jalan.


Okay ni suara hati aku:
"Aku kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hati sangat-sangat sama kamu. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr (boring, upset, fedup! rasa cam nak cepat-cepat gi hijrah ke oversea!)"
Pheww, lega! Dapat luah kat sini pun kira okay lah.  

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's oke to need. When you're are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared make it worse.





Thursday, December 8, 2011

Rasa kosong!

.

.

.

SEPI

.

.

.

Buat masa ni, inilah gambaran tentang dalam diri aku. 

La tahzan Innalahha ma'ana : Jangan takut, jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita. 

ALLAH tak akan beri apa yang kita MAHU, tapi ALLAH akan beri segala apa yang kita PERLU. 


Saturday, December 3, 2011

Ombak itu adalah rinduku.

Sejak kau pergi banyak yang hilang. Apa lagi yang tinggal didalam hati selain harapan?

Setelah harapan yang aku letak kat TGV Tebrau hancur, tak dapat tiket, aku gagahkan diri memandu sejauh ini.

Ulu Tiram - Nasib ada :)

Gara-gara Ombak Rindu, dan rindu nak tengok muka Aaron Aziz, aku pusing 7 keliling. Haha, habis semua panggung aku redah semata-mata nak dapatkan tiket. Dan percubaan hari ke-2 tayangan baru dapat tonton. Tak sangka, macam ni sekali penangan filem melayu yang satu ni.

Kenapa aku mesti menangis?, kenapa aku perlu menangis? Aku ada hak untuk menangis! - Hujan, bawa air mataku untuk dirinya yang jauh dariku, agar dia tidak kesepian selalu rasa ada yang SAYANG.

ENTRY tambahan: Dan sebab SAYANGlah aku peduli.  







Thursday, December 1, 2011

Ini Kisahku

Ini kisah mereka, bagaimana kisah aku?



Seriously aku memamg minat sangat dengan Catriona Ross, tambah lagi bila kami mempunyai taste yang sama, Chevvy Aveo. Woha! Bila dia berubah, aku semakin rasa bangga jadi sebahagian dari peminatnya. 

Kalau kita berubah jadi baik, ALLAH akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita

Tuesday, November 29, 2011

Kesempurnaan sebuah kekurangan

Bagaimanakah aku ini menurut kamu?


Suatu malam, si fulan telah menegur aku secara terang-terangan tentang sikap dan sifat aku.


Tapi inilah hakikatnya, aku cuma manusia biasa. Imbangilah kekuranganku dengan kelebihanku.


Jangan kau sangka aku ini orang yang paling bertaqwa, jangan kau fikir aku yang sentiasa menasihatimu ini, adalah manusia yang tidak diuji. Jangan kau ingat aku yang tegas beragama ini adalah manusia yang paling sempurna.


Hakikatnya, aku yang menegurmu ini juga sedang mengingatkan diriku sendiri supaya tidak alpa. Aku yang menasihatimu ini turut berjaga-jaga agar tak leka. Dan aku yang bertegas dalam perkara agama juga turut risaukan bahang api neraka dan azab-Nya, kerana aku bukan MALAIKAT. Bersangka baiklah, aku sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama denganku, inshaALLAH.


Rasulullah S.A.W bersabda: Nescaya secara rahsia yang dipohon oleh seorang muslim untuk saudaranya akan dimakbulkan. Ada malaikat disisinya setiap kali dia berdoa bagi saudaranya, yang berkata 'amin . . dan yang sama untukmu.' - Riwayat Muslim



Saturday, November 26, 2011

Ini Bukan Cinta Sejati.

Sedar tak sedar dah hujung tahun, cuti sekolah dah mula. Patutlah aku banyak masa nak mengadap lappy dan melayar internet dengan tenang tanpa gangguan. Huhu. . Okay, entry kali ni bukan pasal budak-budak sekolah yang bercuti, tapi tentang masa aku yang banyak nak buang. Jadi, aku buang masa aku dengan menonton youtube. 

Dan aku sangat-sangat tertarik dengan video ini:


DEAR GIRL : Any Men, who they touch you before you get married boolayan!- Wardina Saffiya on Twitter.

Orang lelaki yang berani sentuh kamu sebelum bernikah, dia tak sayang kamu, tapi dia HINA kamu.

Hati yang tercedera.

Abu Hurairah R.A berkata, Nabi SAW bersabda: Tiap-tiap luka yang menimpa seorang muslim di jalan ALLAH nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi. {Bukhari dan Muslim}

Sejak dua hari kebelakangan ni, banyak sangat lintasan perasaan yang tidak baik. Hurm, rasa risau, walau tahu hanya sekadar lintasan sahaja tapi buat aku selalu terfikir. (huh! hate this. . come on wa, this is a bad feeling, jangan kau layan dan suburkan, kau juga susah nanti)

MasyaALLAH, dihati ingin berbuat seribu kebaikkan tetapi baru sedikit cubaan, terus terhenti diseparuh jalan. Tidak istiqamah dalam berbuat kebaikkan, yang berat itu memang HATI. Kita kongsi warna mata, tapi tidak warna hati.

Selamat menyambut Tahun Baru 1433H - Persefahaman Asas Perpaduan Ummah: Dan, alangkah manisnya bila ukhwah kerana ALLAH, lillahi aku cukup sayangkan usrah ini, semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dari tahun ke tahun.

Friday, November 25, 2011

Istiqamah.

Kata orang, jangan meletakkan harapan yang tinggi pada orang yang kita sayang. Betul ke?


Sambungnya lagi - Bimbang kalau harapan itu jatuh dari tempat yang tinggi, kesannya amat sakit sekali, berbanding jatuh dari tempat yang rendah.


Kalau kita nak orang yang kita sayang berubah jadi baik seperti pemuda dizamana salaffussoleh, kita kena berubah sama-sama.


Hidup ini satu perjalan bukan destinasi. Semoga aku terus beristiqamah. Walaupun aku sedar istiqamah itu lebih tinggi daripada karamah. Kerana istiqamah itu lebih sukar, ia memerlukan mujahaddah. Sedangkan karamah itu anugerah. Mujahaddah itu kerja kita, anugerah itu kerja ALLAH. Aku percaya orang yang ikhlas itu perlu kuat hatinya.

Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa. Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi PENGHUKUM.




Saturday, November 19, 2011

Budi setahun segunung intan.

Budi bukan untuk dikembalikan atau dipulangkan. Itu bukan keWAJIBan.


Sebagai contoh, kalau aku pernah menolong kau dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh paksa kau menolong aku suatu hari nanti apabila aku memerlukan, hanya kerana itu. Okay, tutup cerita.


Dan, ganjaran untuk orang yang berbudi pula, tidak kiralah pada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - Terutamanya perlu belajar membentuk pandangan dunia bahawa daripada tangan sesiapapun sesuatu sampai, ia digerakan oleh ALLAH S.W.T., supaya tidak timbul masaalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa dengan suruhan ALLAH.


Err, kalau kau nak balas juga, aku tak larang. Woha! haha.


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh kubayar,
Hutang budi kubawa mati.


Friday, November 18, 2011

Puaskah?

Kenapa orang yang paling aku sayang perlu sakitkan hati aku? (cewah!)



Tanpa kasih sayang mereka selalu menyakiti.

Thursday, November 17, 2011

Tahaadu Tahaabu : )


Special gift only for special person : )
Ho. . Ho . . Ho . . 

Aku tidak terlalu berharap menjadi orang terpenting dalam hidupmu, kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar buatku. Aku berharap, suatu saat nanti, saat kau melihatku, kau akan tersenyum dan berkata. 
"Ya, dialah orang yang selalu menyayangiku"

Wednesday, October 26, 2011

Hati ini bukan plastik

Aku minta maaf, diatas segala perbuatanku. Ternyata kamu lebih suci dari apa yang aku bayangkan. Tolong teruskan hidup jangan kau sebut namaku.




Ikut hati MATI, ikut rasa ramai jadi mangsa : Ini pepatah aku


Friday, October 14, 2011

Jodoh.

Pilihlah jodoh dengan 2 cara. Pertama, jadilah orang baik. InsyaALLAH kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.


Buku ini dari seorang saudara untuk saya
READ | LOVE | SHARE
Jazakallah khairan ya ukhti, semoga ALLAH membalas jasamu dengan kebaikan saudaraku. 

Dont push me to get marry soon, let me wait my time, cause my God will provide me the best person when the time comes :)



Soal siapa?

"Banyak persoalan yang bermain diminda, banyak tanda tanya juga kata kerja, hati kata jangan, otak kata ya"

Sebahagian dari lirik lagu Cintaku dimuka buku by Najwa. Okay, lagu ni takde kena mengena dengan cerita aku, tapi lirik yang atas tu buat aku terfikir kenapa semua soalan aku tak pernah ada jawaban.

Huh, serabut. Pengharapan dan pergantungan dari Al-Khalik. Ya, aku juga perlukan sokongan kalian.

Sesiapa yang mendoakan sahabatnya pada saat dia tidak bersama-samanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata : "semoga ALLAH mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya"





Awan kumulonimbus

"Kamu kejam!" itu kata dia. "Dengan ini kamu dijatuhi hukuman!, tapi kamu masih ada peluang untuk buat rayuan di makamah rayuan" 

Hmmmmmm . . (bunyi selaan nafas yang aku tarik dari dalam, terasa sesak dalam badan) Arghh, seksanya bila bermain dengan perasaan.

Memang apa yang dilihat diluar tak sama dengan didalam. Aku lihat dengan mata aku, kau lihat dengan mata kau. Aku dengar dengan telinga,tapi kau masih dengar ikut mata. 

Agaknya lagu apa yang sesuai untuk situasi aku yang sekarang? Lagu ni ke? 


Bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Lagi terbaik yang kita cuba buat lagi menampakkan kelemahan dalam diri. 

Mungkin aku tak cukup ikhlas. Mungkin.

Do good to others, surely ALLAH loves those who do good to others


 

Wednesday, October 12, 2011

Sebutir kasih sejuta sayang


Ana uhibbuka fillah ya ukhti : Aku menyayangimu kerana ALLAH saudaraku.

Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkan akan kewajibanmu terhadap ALLAH, lebih baik bagimu daripada seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar - Hasan Al-Basri

Tuesday, October 11, 2011

Selamat ulang tahun

Selamat hari ulang tahun yang ke 24th, semoga Tuhan melindungimu dengan limpah rahmat kasih sayang-Nya.



Klik link address ni : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000491052247


Allaumma tawwil'umurana fi ta'atika wa ta'ati rasulika waj'alna min'ibadikas salihina :
"Yaa ALLAH, panjangkanlah umur kami dalam mentaati-MU, dan mentaati utusan-MU serta jadikanlah kami hamba2-MU yang solleh."

Walaupun usia ku berakhir, biarkanlah pahala ku terus mengalir.







Tuesday, September 20, 2011

Epilog

Buat jiwa yang mati, yang hidup subur dalam hati. Aku rindu waktu dulu, aku rindu saat itu, aku mahu ulang rasa masa lalu. 

Buat kasih yang semakin kering, yang sentiasa basah dalam ingatan yang tenggelam dalam lena panjang, yang terbuai dengan limpah rahmat kasih sayang-Nya. Aku terseksa kerana masa.

Bila teringat aku jadi marah, jadi malu, jadi kaku dengan apa yang berlaku. Aku cemburu dengan jasad yang berlakon bahagia tanpa segan silu, sedangkan hati berpecah, berkeping-keping tanpa bunyi bising.

Anna uhibbuka fillah ya ukhti : Aku menyayangimu kerana ALLAH saudaraku




Thursday, September 1, 2011

Merdeka Raya.

Selamat hari raya, selamat hari MERDEKA yang ke-54.


Ibu saudara aku yang berjiwa RAKYAT

Syawal dirai, merdeka dihayati

Saturday, August 27, 2011

Sesuatu

Jangan disoalkan kenapa. Semakin kita berkeinginan ingin tahu, kita tak kan tahu sebabnya. Sebabnya mudah, kita tak kan dapat jawaban seperti apa yang kita harapkan. Mungkin dia ada sebab kenapa dia jadi begitu dan kenapa dia buat begitu.

Walau apa pun sebabnya, jangan jadikan ia penyebab jarak antara kamu. Jangan jadi seperti aku tiada hemah ketika marah tiada ilmu ketika amarah. Berilah masa untuk melupakan dan memaafkan.

Sila baca entry ini sambil dengarkan lagu ini untuk lebih feel :)

Tarikan Nafas terakhirku : Sharifah Aini


Nafas ku yang terakhir ini hanyalah kutujukan padamu. Kini saat yang terakhir, kupinta maaf kepadamu. Jauh dari lubuk hatiku, tak pernah ku dendam padamu. Bila engkau tidak percaya, ku rela berkorban jiwa raga. Kini saat yang penghabisan, kuharap kau datang kepadaku. Berulang kali ku nyatakan, aku sayang padamu. Itu tidak pernah terjadi, semua harapan belaka. Nafasku yang terakhir ini, hanyalah ku tujukan padamu.  





Tuesday, August 23, 2011

Tuju lagu.

Aku tujukan lagu ini buat semua sahabat-sahabat sejati & sejiwaku. Dengan ucapan: wahai sahabat, rajin-rajinlah hantar pesanan ringkas kat aku, kirim-kirimkan lah berita tanda kau masih ada. Aku rindu kenangan kita. Woha! 



aku juga suka lagu ini :)


Buatku . . disini dan menunggu, diam tanpa dirimu.



Thursday, August 18, 2011

Mengurai Rindu.

Semakin jauh kita dengan orang yang tersayang, semakin rindu itu dirasakan. Wah! macam dialog dalam drama TV petang-petang yang bersambung-sambunglah.

Okay aku bukan nak cerita pasal drama TV. Aku nak cerita pasal aku dan sesuatu. 

Semoga dipenghujung Ramadhan ini ada sesuatu yang lebih baik menanti aku, sesuatu yang aku tunggu-tunggu dan aku harapkan berakhir dengan baik seperti mana ia bermula dengan baik.

Dengan lafaz basmalah, aku pohon kepada-Mu, agar dibukakan hati-hati hamba-Mu untuk saling bermaaf-maafan sempena bulan Ramadhan, bulan rahmat. Jika ada seribu bulan ingin sekali aku mencium dari 1 malamnya.

Alhamdulillah, syukur Yaa ALLAH, yang aku tunggu sudah Kau tunaikan, yang aku nanti sudah Kau hadirkan, yang aku pohon Kau pedengarkan, yang aku harap sudah Kau tawarkan. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang ada selain dari kasih-Mu Yaa Tuhanku.

17.Syawal 1432H salam rindu untuk kamu yang aku rindukan pada rakan taulan, sahabat handai dan sanak saudara sekalian, juga buat sahabat yang ku anggap saudara dekat. 

Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian dari kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. -Drpd: Abu Hurairah r.a




Sepet!

Mak kata masa aku kecik-kecik dulu, aku kuat nangis. Sebab tulah mata aku sepet. Nasib baik mak aku cakap aku sepet sebab aku suka menangis, dari dia kata aku ni dari anak keluarga cina, lagi kuat aku nangis kang. Huhu.

'cina kecik' abang aku selalu panggil aku macam tu. Itu pun penyebab aku menangis, sakit hati.


Bila aku sudah besar sedikit, barulah aku tahu sebab-sebab kenapa mata aku sepet macam cina. Tapi taklah sepet macam cina bukit. Aku sepet sebab bapak aku punya mak (nenek) aku berketurunan cina, dan baru aku perasan makcik aku, (adik bapak aku) pun mempunyai mata yang sepet, malah lebih sepet dari aku.

Aku akui yang aku mudah sangat menangis. Tengok iklan raya kat tv nangis. Kalah main game nangis, kopek bawang kecik nangis, tengok orang nangis aku nangis, tengok drama melayu aku nangis. Ya, air mata aku memang murah, tapi air muka aku amat berharga.

Dan air mata aku menitis lagi selepas menonton video ini:




Kau dihatiku.

Kau dihatiku : Zainal Abidin


Jangan menangis, bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis
Tubuh kecil, bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita tak kan putus
Berhentilah menangis
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya
Kau dihatiku
Walau apa katanya
Oh, kau dihatiku selamanya
Mengertilah apa yang kami rasa
Tak henti keyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza, tapi dihati kami
Tiada apa yang berbeza
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya
Jangan kau dengar
Mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Disuatu masa, tahu
Distinasi tiba, kau harus tabah,
Kutetap bersammu, bersabarlah
Disuatu masa, tahu. .
Buktikan bersama
Kau dihatiku
Yakin kau dihatiku
Disini hari ini dan selamanya
Kau dihatiku. . Kau tetap dihati 
Walau apa katanya
Selamanya. . bersamamu
Ku selalu bersamamu, selama-lamanya
Pandanglah kebahu
Disisimu selamanya.

Dan aku ulang apa yang aku biasa selalu lakukan. Ulang dan ulang dengar sampai sebu. Mood malam ni warna pink. Woha! 

Jangan nangis aw, law dengar lagu ni. Ini lagu untuk sijiwa perkasa yang kononnya tangisan itu untuk sipengecut.

Yaa ALLAH, Hadirkan hati sahabatku ini dengan sifat kasih sayang agar dapat kubawa kejalan-Mu.





Monday, August 15, 2011

ALLAH, berikan aku kekuatan dan ketabahan.

Pernah tak lepas korang buat sesuatu, pastu korang rasa menyesal? Siap janji-janji lagi dengan diri sendiri tak nak ulang apa yang jadi.

Dalam hidup aku, belum pernah aku menyesal sampai macam ni punya teruk. Selalu pujuk-pujuk hati sendiri dengan kata-kata hikmah yang aku baca dalam buku motivasi. Wuhhu!. Pernah aku tidur bila bangun sedar-sedar ada air mata yang mengalir. Sampai mak sendiri pelik tengok aku menangis masa tidur, beria-ia pula tu aku menangis. Dan aku lagi pelik sebab bila mak tanya, aku terus tak ingat apa yang aku mimpikan sampai menangis (oke, yang ni kalis).

Soalan aku:

- Pernah tak korang nangis? 

- salah ke kalau nangis? 

- Kenapa kita menangis? 

- Kita lemah ke bila menangis? 

- Tangisan tu menampakkan kepura-puraan ke? 

- Pernah ke korang buat-buat nangis? walhal korang sebenarnya takde pun feeling sedih tu. Korang nangis sebab konon-konon nak share ngan kawan korang apa yang sedang dia rasa, jadi korang TERpaksa nangis? 

- Dan boleh ke tangisan tu dibuat-buat?

- Tak rasa malu ke bila tipu diri sendiri dengan tangisan palsu?

Jawaban aku akan bersambung pada siri 2. Mungkin. Sekarang dah pukul 02:15am (awal lagi ni) tapi aku ngantok, jap lagi nak bangun sahur, nak basuh pinggan, esok nak kerja, petang nak buka bazar. Fuh! lepak seyh, takpa at least akhirnya aku ada aktiviti sepanjang Ramadhan kali ini, dari aku habiskan dengan tidur, menangis sedih dan teringat akan cerita-cerita bodoh yang mungkin akan buat aku rasa terluka dengan kekhilafan aku sendiri. Ya, aku sedar, dalam separuh sedar. 



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
(al-Baqarah: 216)




Wednesday, August 10, 2011

Rindulah.

Rindu? Okay aku rindu. "Rindu itu adalah  anugerah dari ALLAH. Insan yang punya hati nurani punya rasa rindu. Rindu pada kedamaian, ketenangan, kesejahteraan dan kebahagian".(Nasyid Rindu by Hijjaz) Ohh, banyak yang rindukan. Aku rindu kenangan lalu masa kecik-kecik, aku rindu nak cuti-cuti ngan famili naik 1 van ramai-ramai, aku rindu kata-kata arwah nenek yang penuh dengan gurindam, err. . dan aku rindu nak makan Mc'D black pepper spicy chicken waktu lunch hour berturut-turut. Woha! 

Rindu ini anugerah (hadiah) dari Tuhan, kalau tidak diambil seolah-olah tidak mensyukuri pemberian-Nya. Terima kasih Tuhan, walau rindu ini menyakitkan kadang-kadang. Aku rimas kalau rasa ini datang bila aku sudah bersedia nak buang. Dan kadang-kadang juga aku rasa aman bila mengingatkan, walau hati berat mengenangkan. Semoga aku tidak tersasar dijalan-Mu, dikala aku sedang rindu.



Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam, maha pemurah lagi penyayang, yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus (yakitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (orang-orang kafir) 














Wednesday, August 3, 2011

Bila rasa itu mati

Dipergunakan atau digunakan? yang satu bijak, yang satu bebal. 

Yang mana benar yang mana salah? Mulia itu letak dihati, keji itu letak dikaki.

Bahu kiri atau bahu kanan? senget kekiri memikul beban, masih belum terbukti pahala amalan.

Hidup bahagia atau derita? tepuk dada tanya akal, pilih satu jangan dua.

Jangan samakan aku dengan dia, jangan serupakan aku dengan siapa-siapa. Aku tahu yang diatas lebih tahu.

Dan bila rasa itu mati, sayang boleh bertukar benci. Ohh, aku benci jammed, benci tunggu angka giliran, benci trafic ligt kaler merah, benci pandu kereta jauh-jauh sorang-sorang, dan benci bila terpaksa kena benci. Bencinya aku. Err.. jap, korang tak benci aku kan?, benci-benci nanti rindu tau. Woha! 


Lebih baik kesedihan itu dirahsian, itu lebih bermakna dari kamu berkeluh kesah dan menceritakan perihal kesukaran kamu kepada orang lain selain ALLAH. - sumber I Love Islam