Friday, July 29, 2011

Maaf

Berlatar belakangkan lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah dari penyanyi favorite aku Aishah.

Maaf kalau aku gagal kawal emosi.

Maaf kalau aku cakap sering menipu tanpa aku sedari.

Maaf kalau aku mungkir apa yang aku dah janji.

Maaf andai jika aku memang bersifat kejam untuk kepentingan diri.

Maaf aku ngantuk, jadi entry aku pendek. Hari ni sudah masuk hari ke-4 aku kerja dari pagi sampai malam. Penat, buat aku cepat letih.

Entry ini sempena Ramdhan yang akan datang, memandangkan aku tak pasti yang usia aku boleh sampai ke Syawal dan sebelum aku bertukar jadi mayat, langkah terbaik adalah pohon maaf awal-awal ngan korang. Selamat berpuasa. Selamat melipat gandakan amalan,semoga barakah.


Berilah masa untuk anda sebelum memafkan.








Monday, July 25, 2011

Takziah.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un : Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami.

09/09/1991 - 24/07/2011

Tuhan telah menentukan segalanya, kerana DIA kita bertemu dan berpisah. Hari ini tanpa siapa menduga kau dijemput pergi pulang kepangkuan. Semoga kau dirahmati rahmat Tuhan, tenang dalam belaian kasih-Nya. Aminn Yaa Rabb.

Sewaktu bertakziah petang tadi, aku hanya dapat memandang dari jauh tubuh kakunya yang sudah berbalut kemas dengan kain kafan. Mendengar alunan talkin, bagai dititis embun hati ini. Sejuk kerana suara imam membaca doa atau sejuk kerana seram dengan keadaan persekitaran kubur waktu-waktu petang menjelang magrib, ohh, seram!.

Dugaan memang tidak pernah berhenti, petanda Tuhan sayang. Selepas berpisah dengan seorang kawan yang ku anggap saudara dekat dan belum lagi sedih itu berkurang dan hilang, berita kematian ini pula yang aku dapat. Sedih bercampur baur dalam esak tangisku waktu dinihari selepas mendapat panggilan talifon sebelum subuh. Rasa ini kutanggung seorang. Aku redho Yaa ALLAH, jika ini dinamakan testing iman untuk mencapai darjat-Mu, aku relakan walau hatiku tersiat pilu. 

Yaa ALLAH, panjangkanlah usiaku, walaupun usiaku akan berakhir biarlah pahala terus mengalir.


Saturday, July 23, 2011

Kesal! (Siri 2)

Rasanya banyak entry aku tentang sahabat yang sentiasa merindui sahabatnya. Pasti bosankan baca benda yang sama dan lebih kurang. Tapi ini je yang aku ada, untuk aku share ngan korang huhu. 


Setelah lama tidak menonton filem hindustan, dengan alasan malas nak nangis, penat dan malu nanti orang tengok air mata aku campur sakit hati kena kutuk. Maklumlah aku nih sensitif dengan isu-isu sahabat sejati dan kekeluargaan.





Inilah movie yang aku rasa terbaik tentang makna pengorbanan, nilai kasih sayang, harga persahabatan dan pentingnya kekeluargaan.

Sebab tu tajuk entry aku kesal, sebab aku kesal tak tengok filem ni pada waktu tayangannya dipanggung. Kesal biarkan filem ni tersimpan lama dalam pendrive, setelah didownload oleh seorang kawan. (Err, terima kasih kawan..aku baru perasan)

Aku juga kesal, dengan apa yang dah terjadi dalam hidup aku yang asyik terbawa-bawa rasa sesal kerana gagal menjadi sahabat kepada kawan, kakak kepada adik dan tanggungjawab sosial seorang rakyat kepada negara, juga prihatin seorang anak kepada kedua orang tuanya.

Dan..ohh, banyak sebenarnya yang aku kesal dan sesalkan. Mungkinkah akan ada Kesal (Siri 3)? Ohh, OMG!

Give me some sunshine,
Give me some rain,
Give me another chance,
I wanna grow up once again.

AAL IZZ WELL
-(sambil melekapkan tangan kedada)-

Wednesday, July 20, 2011

Tujukanku lagu sedih.

Makin dihitamkan abjad, makin berderanglah FAKTAnya.
Ohh..okay aku tengah sedih.





VS




Yaa ALLAH apa sahaja yang aku alami, daripada nikmat-MU daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hamba-MU, tidak ada daripada sesiapa melainkan Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran
 Yang ada ini sudah harapan kita - HAMKA


Tuesday, July 19, 2011

Hepy Besday My Boy.

Acep: Uteh, Acep nak jam ada nombor dengan jarum sekali. Err, warna merah taw.


Aku: Aiks, bukan ke Acep suka warna oren?


Acep: Ohh. . itu dululah Uteh, dah basi. Sekarang Acep suka merah.


Aku: (hanya mampu tersenyum)Acep ni samalah ngan Uteh, Uteh pun suka warna merah juga barulah kuat semangat. (sambil membuat isyarat  tanda bagus-wink!)


Day: Friday
Date: 15.07.2011

Selamat Hari Ulang Tahun Yg ke-8th

DOA Nabi Ibrahim: Yaa Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat, Yaa Tuhan kami, perkenankanlah doaku. 

NOTA Tambahan: Sila rujuk dipergelangan tangan Acep. Jam warna merah. Hadiah itu dari aku tanda aku sebagai ibu saudara yang baik lagi penyayang serta cantik (word yang last tu aku tambah supaya nampak lebih menarik untuk dibaca-Wuhhu!) 

Hepi Besday my boy : Muhammad Afif. Semoga menjadi anak yang soleh dibawah hidayah-Nya, berada tetap dijalan-Nya, panjang umur, semakin bijak dan bijak. Insha ALLAH. Aminn Yaa Rabb.



Manisnya Rindu.

Umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak. Rindu, nak diluah tak terluah nak ditelan tak tertelan. Itu pasal kalau rindu aku pandanglah langit, tengok bulan sebab kita kongsi bulan yang sama. Woha!

Terus terang, kadang-kadang aku tak tahu apa yang aku buat tu baik untuk aku dan semua orang disekeliling aku. Kerana terlalu mahu dan mahu sampai terlupa apa yang perlu.

Pejam celik, tak sedar masa berlau hari berganti. Tapi aku masih setia disini. Berdiri tetap dengan rasa kosong menanti manisnya jalinan persahabatan dari adik-adik pelangi.

Banyak yang dilalui bersama, walau tak lama. Manisnya bila berjauhan kerana kenangan.

Seberapa banyak darah yang kau tumpahkan untuk membela nasib pertiwi, sebesar mana jasa kau korbankan untuk si ibu tua didaerah sepi, segah mana peluh yang kau alirkan untuk mencari sesuap nasi, Banyak mana air mata yang kau tangisi untuk pertahankan sebuah sirahtulrahim yang kau rasa bererti.

Salam kasih dari seorang kawan untuk kawannya yang diam beku, Salam sayang juga untuk seorang kakak yang tidak pandai berbicara dengan adiknya. Okay aku rindu kalian.










Thursday, July 14, 2011

Membina ukhwah luar biasa

Cerita 1:
Mari hayati dialog antara Sa'ad bin Rabi' Al-Ansari dengan Abdul Rahman Bin Auf. (Muhajirin), sejurus peristiwa hijrah oleh para sahabat dari Makkah ke Madinah.

Kepada saudara barunya Sa'ad berkata: "Sungguh aku orang yang paling kaya antara kaum Ansar. Aku berniat membahagikan hartaku kepada 2 bahagian. Untukku dan untukmu. Aku juga mempunyai dua orang isteri, ambillah siapa yang lebih engkau sukai. Sebutkan namanya padaku, nanti akan aku talakkanya. Jika masa idahnya telah habis, nikahilah dia."

Abdul Rahman menjawab: "Semoga ALLAH memberkati keluarga dan hartamu. Dimana pasar kalian?"

Dia lalu menunjukkan pasar. Abdul Rahman seterusnya berdagang, berusaha, bernikah dan akhirnya menjadi salah seorang lelaki terkaya di Madinah.

Cerita 2: 
(tentang seseorang)
Aku keliru kalau kata-kata yang berulang-ulang itu salah atau tidak. Ukhwah itu akhirnya terputus begitu sahaja, kerana kesilapan komunikasi dan perfahaman yang kurang jelas.


Aku masih berharap agar ia dapat diperbaiki. Semoga ALLAH memberkahi ukhwah ini seperti mana Sa'ad dan Abdul Rahman. Sabda Nabi: Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Dan sungguh aku menyayangimu kerana ALLAH saudaraku.

Nah luar biasa kan.. Semoga aku juga diberi keberkatan dalam membina jalinan ukhwah. Sungguh aku cemburu dengan ukhwah luar biasa antara Sa'ad dan Abdul Rahman. Bolehkah aku seikhlas itu dalam bersahabat. 
Yaa ALLAH ampunilah aku. Berilah aku kekuatan untuk memaafkan diriku sendiri dan juga orang lain. Aku masih tidak pandai mensyukuri nikmat-Mu kerana aku masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu. Yaa ALLAH, cuma satu..janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Kutiplah aku Yaa ALLAH untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik-Mu. Yaa ALLAH, aku sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah aku untuk jadi orang yang jujur dan benar walau apa jua keadaan dan cabarannya. Aminn.
Becik ketitik olo kethoro : Kebaikan akan nampak dan kejahatan akan kelihatan. Pepatah jawa.

NOTA Tambahan: Aku tulis entry ini kerana aku rindu. Rindu itu anugerah Tuhan.











Monday, July 11, 2011

Antara adab bersilaturrahim.

date 08/07/2011
gambar ini adalah hiasan semata-mata
Tahaadu Tahaabbu. Salinglah kalian memberi hadiah maka kalian akan saling mengasihi : Hadis Nabi.

Thursday, July 7, 2011

Melayan belahan jiwa

Rebutlah lima sebelum lima. Pasti semua orang tahu istilah ini. Dan aku telah merebut salah satu dari lima ini, iaitu lapang sebelum sibuk. 

Terdorong dengan novel yang pertama aku baca hasil dari karya Habiburrahman El Shirazy "DALAM MIHRABB CINTA" buat aku ketagihan dan semakin mabuk untuk terus mencari semua novel hasil tulisannya.



Tertarik dengan jalan cerita yang santai dan menyamankan hati buat dada aku terasa basah. Err, tolong siapa-siapa pinjamkan aku Novel KETIKA CINTA BERTASBIH Epi. 1.

Novel pembangun jiwa untuk bersilaturrahim.

Sesiapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang dia tidak akan disayangi oleh ALLAH : Sabda Nabi.

 Orang yang penyayang akan menarik orang lain sayang kepadanya.  



Julai ohh Julai

Pengharapan Julai yang aku tunggu. 

Akhirnya yang ditunggu tiba juga, yang diharapkan harapnya tidaklah menghampakan. Melalui hari-hari getir selama 3 bulan, benar-benar menyeksakan. Terkejar untuk mencukupi yang tidak pernah cukup buat aku tertekan.

Lakal hamdu wasy shukru yaa Rabb, wahai Tuhan kepada-Mu aku bersimpuh, aku sangat bersyukur kerana Engkau telah menganugerahkan rasa cinta/sayang yang indah ini dengan segala suka dukanya terasa indah.

Ganjaran orang yang bersabar telah ALLAH persiapkan. Berusaha mengembalikan apa yang telah aku lepaskan dan lalaikan selama ini. Bukan mudah untuk berubah, dan aku berubah untuk lebih tekun berusaha. Harapnya fokus julai aku tidak terganggu.
Jangan marah jika orang lain tidak berubah seperti yang kita harapkan, kerana kita sendiri tidak berubah seperti yang kita inginkan.
Maka bermulalah sesi Julai aku dengan membawa segunung harapan yang terkandung selaksa doa barakah didalamnya agar terisi damainya hati walaupun selirat otak aku berputar ligat cuba menutup segala lubang-lubang tandus dosa dan beban kredit yang seakan mengekor aku kemana-mana.

Aku pasti semuanya akan kembali normal supaya aku boleh tenang-tenang. Aku yakin, seyakin Rasullullah sewaktu bermimpi akan berhaji dan membuka kota Mekkah. Keyakinan yang kuat buat aku rasa bersemangat selepas kecewa kerana gagal mentadbir diri kerana terbawa-bawa kesedihan dan gerimis hati. Yang ada ini sudah pun harapanku.

Wa man yattaqillaha yaj'al lahu makhraja : Siapa yang bertakwa kepada ALLAH maka DIA akan menjadikan untuknya jalan keluar.