Tuesday, November 29, 2011

Kesempurnaan sebuah kekurangan

Bagaimanakah aku ini menurut kamu?


Suatu malam, si fulan telah menegur aku secara terang-terangan tentang sikap dan sifat aku.


Tapi inilah hakikatnya, aku cuma manusia biasa. Imbangilah kekuranganku dengan kelebihanku.


Jangan kau sangka aku ini orang yang paling bertaqwa, jangan kau fikir aku yang sentiasa menasihatimu ini, adalah manusia yang tidak diuji. Jangan kau ingat aku yang tegas beragama ini adalah manusia yang paling sempurna.


Hakikatnya, aku yang menegurmu ini juga sedang mengingatkan diriku sendiri supaya tidak alpa. Aku yang menasihatimu ini turut berjaga-jaga agar tak leka. Dan aku yang bertegas dalam perkara agama juga turut risaukan bahang api neraka dan azab-Nya, kerana aku bukan MALAIKAT. Bersangka baiklah, aku sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama denganku, inshaALLAH.


Rasulullah S.A.W bersabda: Nescaya secara rahsia yang dipohon oleh seorang muslim untuk saudaranya akan dimakbulkan. Ada malaikat disisinya setiap kali dia berdoa bagi saudaranya, yang berkata 'amin . . dan yang sama untukmu.' - Riwayat Muslim



Saturday, November 26, 2011

Ini Bukan Cinta Sejati.

Sedar tak sedar dah hujung tahun, cuti sekolah dah mula. Patutlah aku banyak masa nak mengadap lappy dan melayar internet dengan tenang tanpa gangguan. Huhu. . Okay, entry kali ni bukan pasal budak-budak sekolah yang bercuti, tapi tentang masa aku yang banyak nak buang. Jadi, aku buang masa aku dengan menonton youtube. 

Dan aku sangat-sangat tertarik dengan video ini:


DEAR GIRL : Any Men, who they touch you before you get married boolayan!- Wardina Saffiya on Twitter.

Orang lelaki yang berani sentuh kamu sebelum bernikah, dia tak sayang kamu, tapi dia HINA kamu.

Hati yang tercedera.

Abu Hurairah R.A berkata, Nabi SAW bersabda: Tiap-tiap luka yang menimpa seorang muslim di jalan ALLAH nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi. {Bukhari dan Muslim}

Sejak dua hari kebelakangan ni, banyak sangat lintasan perasaan yang tidak baik. Hurm, rasa risau, walau tahu hanya sekadar lintasan sahaja tapi buat aku selalu terfikir. (huh! hate this. . come on wa, this is a bad feeling, jangan kau layan dan suburkan, kau juga susah nanti)

MasyaALLAH, dihati ingin berbuat seribu kebaikkan tetapi baru sedikit cubaan, terus terhenti diseparuh jalan. Tidak istiqamah dalam berbuat kebaikkan, yang berat itu memang HATI. Kita kongsi warna mata, tapi tidak warna hati.

Selamat menyambut Tahun Baru 1433H - Persefahaman Asas Perpaduan Ummah: Dan, alangkah manisnya bila ukhwah kerana ALLAH, lillahi aku cukup sayangkan usrah ini, semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dari tahun ke tahun.

Friday, November 25, 2011

Istiqamah.

Kata orang, jangan meletakkan harapan yang tinggi pada orang yang kita sayang. Betul ke?


Sambungnya lagi - Bimbang kalau harapan itu jatuh dari tempat yang tinggi, kesannya amat sakit sekali, berbanding jatuh dari tempat yang rendah.


Kalau kita nak orang yang kita sayang berubah jadi baik seperti pemuda dizamana salaffussoleh, kita kena berubah sama-sama.


Hidup ini satu perjalan bukan destinasi. Semoga aku terus beristiqamah. Walaupun aku sedar istiqamah itu lebih tinggi daripada karamah. Kerana istiqamah itu lebih sukar, ia memerlukan mujahaddah. Sedangkan karamah itu anugerah. Mujahaddah itu kerja kita, anugerah itu kerja ALLAH. Aku percaya orang yang ikhlas itu perlu kuat hatinya.

Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa. Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi PENGHUKUM.




Saturday, November 19, 2011

Budi setahun segunung intan.

Budi bukan untuk dikembalikan atau dipulangkan. Itu bukan keWAJIBan.


Sebagai contoh, kalau aku pernah menolong kau dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh paksa kau menolong aku suatu hari nanti apabila aku memerlukan, hanya kerana itu. Okay, tutup cerita.


Dan, ganjaran untuk orang yang berbudi pula, tidak kiralah pada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - Terutamanya perlu belajar membentuk pandangan dunia bahawa daripada tangan sesiapapun sesuatu sampai, ia digerakan oleh ALLAH S.W.T., supaya tidak timbul masaalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa dengan suruhan ALLAH.


Err, kalau kau nak balas juga, aku tak larang. Woha! haha.


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh kubayar,
Hutang budi kubawa mati.


Friday, November 18, 2011

Puaskah?

Kenapa orang yang paling aku sayang perlu sakitkan hati aku? (cewah!)



Tanpa kasih sayang mereka selalu menyakiti.

Thursday, November 17, 2011

Tahaadu Tahaabu : )


Special gift only for special person : )
Ho. . Ho . . Ho . . 

Aku tidak terlalu berharap menjadi orang terpenting dalam hidupmu, kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar buatku. Aku berharap, suatu saat nanti, saat kau melihatku, kau akan tersenyum dan berkata. 
"Ya, dialah orang yang selalu menyayangiku"