Monday, February 28, 2011

Penawar saya.

Tanda satu-satu tempat itu maju adalah punya TOL?

FRIDAY  Date : 25 Feb 2011

(Erk..aku snap gambar ni secara haram, sebenarnya laluan ini belum dibuka lagi kepada orang ramai. . haha.. aku kan unik. Woha!) 

Kawasan penempatan yang punya banyak kenangan. Tempat aku dibesarkan dah belajar tentang alam. Menjadi penawar kepada dukaku.

Disinilah tujuku bila aku pilu, kaku, sayu dan rindu. 

Aku rindu  pantai. 

Aku rindu bunyi ombak.

"Ombak yang menjamah 
kakiku sekali 
takkan dapat 
kukenali lagi."
--A. Samad Said.











Hari yang mendamaikan.

Sambungan tentang semalam yang tenang. (Bunyi incoming messages - nada Tri-tone. Huh!, sungguh tak best kan bunyi messages aku, sebab aku tak reti nak adapt bunyi incoming message aku kepada bunyi mp3)

26 Feb 2011 04:33 PM
(bubling)


26 Feb 2011 05:17 PM
(bubling)


Al-Shabru nishful iimaan = Sabar separuh dari iman

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka)"

Kalau kita bersabar kita akan dapat hasil yang terbaik. Aku cuba berfikir positif dengan memberi ruang supaya adik lebih tenang.

Dan akhirnya ini yang aku dapat dari adik aku setelah dia merajuk agak lama dengan sikap aku . . teddy bear yang lebih kurang besar aku sikit je. :D

(Lots of love)   27 Feb 2011
Ini adalah kali pertama dalam hidup aku dapat hadiah besar camni. So, suka hati akulah nak gambarkan perasaan aku sendirikan. 

Di mana sayang? kalau tidak memberi, manakan mendapat.
Di mana kasih? kalau tidak dihati yang ikhlas.




Sunday, February 27, 2011

Petanda Baik.

(Bunyi incoming messages Tri-tone)

26 Feb 2011 02:07 PM
"tv3 . Mujhse dosi karoge ."

Inbox handphone dibuka, setelah kurang lebih 30jam aku bertekad yang aku takkan lagi menghantar message kepada dia, setelah dia merasa kecewa dan muak dengan sikap aku yang semakin mengongkong pergerakkannya. (itu aku rasalah)


Message ini aku ulang baca dengan rasa senang.Kemudian aku terus sahaja reply.


beberapa saat kemudian:
"wc . ;))"

Simbol ini adalah petanda baik bagiku. Fuhh, lega.. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.


Setelah melalui tempoh 24jam (percubaan pertama) mencekalkan hati dan berkabung mencari ketenangan jiwa, dan menghabiskan separuh hariku bersama air mata maria. Aku amat berharap agar persaudaraan yang semakin renggang ini akan beransur pulih seperti dulu. 


Mujhse Dosti Karoge = sudi tak awak berkawan dengan saya. 

Hmmm.. Err, awak-awak semua, sudi tak awak kawan dengan saya? kerana saya lain daripada yang lain dan saya sangat unik. Wuhu! 


kawan-kawan 
kenapa mahu lawan
dulu sama-sama kongsi teh secawan
kawan-kawan
bukan nak cari lawan
tapi, sekadar nak ingatkan teman
hati-hati dengan gunting dalam lipatan
cuba dikaji orang tua pesan
kawan jadi lawan
lawan jadi kawan



Segala yang dihasrat tapi tak dapat, adalah nikmat yang paling padat





Saturday, February 26, 2011

DOA Perpisahan.

Semasa melalui zaman remaja belasan. Aku juga tak ketinggalan melalui zaman kebangkitan nasyid di Malaysia. Woha!.

Apa lagu nasyid korang yang sampai sekarang sentiasa dalam ingatan?

Ini adalah antara salah satu lagu nasyid yang sentiasa aku kenang tiap kali aku berasa sunyi tanpa teman. (Ohh, kasihannya aku)


Doa Perpisahan by Brothers

Pertemuan kita disuatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku kehadrat ilahi
Diatas jalinan yang suci

Namun kini
Perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
kutetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doaku kudusku 
sepanjang waktu
Yaa ALLAH, bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah daripada-Mu
Dalam mendidikkan kesabaranku

Yaa ALLAH tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

---------------------------------------------------
"Teman, betapa pilunya hati, menghadapi perpisahan ini, pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama, semoga ALLAH meredhai PERSAHABATAN & perpisahan ini. Teruskan perjuangan."
--------------------------------------------------

Senyuman yang tersirat dibibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku didalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu.

 Sering kita berjabat tangan, mengapa tak juga bersahabat

Wednesday, February 23, 2011

Masih belum sempurna.



Biar adakalanya 
Dia buat kau kecewa
Biar ada kalanya 
Dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengmbil hatimu
Bila keadaan reda

Ohh.. kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Ohh.. kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh 
Kerna air dicincang
Tidak akan putus

Bila kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur

Jika tak adik-beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang kau terima

Ohh.. kita bersaudara

Ohh.. kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Ohh.. kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tak akan.....
Tak akan putus.






Tuesday, February 22, 2011

Fitnah.

FITNAH LEBIH DASYAT DARI MEMBUNUH:


وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
191. dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.

Benarlah maksud seperti didalam Al-Quran bahawa fitnah itu lebih teruk dari membunuh.

Fitnah boleh membunuh KASIH-SAYANG.

Fitnah membunuh PERSAUDARAAN.

Fitnah membunuh PERSAHABATAN.

Fitnah membunuh KEPERCAYAAN.

Fitnah membunuh seluruh kehidupan yang terbina yang diikat dengan kasih sayang. Yaa ALLAH.


MORAL : Kenapalah aku tidak boleh melihat dengan mata hati. 
Salah dimata kalau tak nampak. Salah dihati kalau tak menilai.


RAHSIA LAH.

13 MEI

01.
Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
-- Yeah, aku boleh!

02.
Pandai menarik hati dan perhatian orang lain.
-- Tapi, sampai sekarang tak punya pacar.. huhu.. T_T 

03.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi orang lain.
-- Selalu macam ni... benci!..

04.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu.
-- Menyelami isi hati orang lain sampai over dose.

06.
Kelemahan sistem pernafasan.
-- Selalu alami, nak-nak waktu naik tangga rumah.. haha..

07.
Suka sastera, seni, muzik dan melancong. 
-- Bagai irama yang beralun tertib.. woha!

08.
Tidak berapa suka duduk dirumah.
-- Yang ni tak berapa nak setuju.

09.
Tidak boleh duduk diam.
-- Waktu aku sedang tidur pun aku tak boleh diam, berpusing macam jam.. haha..

10.
Keras hati dan degil.
-- Gulp! 

11.
Pemikiran yang tajam.
-- Berfikir sampai tak boleh nak berfikir dengan baik, sungguh tragis.

12.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
-- Aku perlukan seseorang yang boleh mengawal tika aku marah dan kecewa..(ada sape-sape yang sanggup?) 

13.
Perasaan yang amat mendalam.
-- Wah!.. aku memang touching lebeh. Mungkin perasaan ini halus jiwanya.

14.
Cantik dari segi mental dan fizikal.
-- Alhamdulillah :)

15.
Tidak perlu dimotivasikan.
-- No comment.

16.
Mudah dipujuk.
-- Mungkin kerana sifat yang penyanyang dan perasaan yang mendalam. Rujuklah rahsia no 13 aku.

17.
Suka berangan, daya khayalan yang tinggi.
-- Khayalan buat aku rasa yakin. 

18.
Pandai berdebat.
-- Jarang aku nak mengaku kalah.

19.
Rajin dan bersemangat tinggi.
-- Aku sangat tekun bekerja dan bercita-cita tinggi nak keliling dunia & mencari 7 keajaiban dunia.

20.
Agak boros. 
-- Bila aku berada dalam kondisi perasaan tidak aman, aku akan berbelanja tanpa had melebihi kehendak dari keperluan.


         >>Kajian dari Dr. Fadzilah Kamsah.


                                 


Monday, February 21, 2011

Feng Shui.

Kata orang, kalau mahu berniaga, cuba bela ikan atau letak gambar ikan dalam kedai. Ia boleh bawa untung. (Wah! kalau benar boleh bawa untung, alangkah beruntungnya aku. . Wuhu!

FRIDAY   18 Feb 2011
                              
Setelah melalui hari-hari yang penuh dengan air mata maria, aku cuba bela ikan untuk bawa nasib luck dan kegembiraan dalam diri, setelah ditinggal pergi sementara seorang sahabat yang  ku anggap saudara dekat. Dan atas saranannya, aku cuba perkara baru. Bela ikan. Dulu aku anggap binatang peliharaan membebankan. Sangat leceh kerana ia bernyawa dan aku sedar akan kemampuan diri aku yang malas. Malas nak bagi makan, malas nak bersihkan kotoran, malas nak ambil tahu hal penjagaan dan paling malas nak keluar modal (Haha!

Kata mak :
"kalau malas, jangan nak bela-bela binatang, buat dosa je kalau mati"
(aku diam, kerana aku tahu yang aku memang pemalas)

 :
 "akak, kalau kita bela binatang atau pokok, nanti benda-benda ni semua doakan kita tau kak" 
(bersungguh-sungguh penjelasannya dan aku cuma memandang mukanya dengan rasa kosong, sebab tak minat)

Melalui hari ke empat, ia agar mencabar tahap kesabaran diri. Beberapa ekor ikan mati. Setelah mempelajari skill membersihkan aquarium dan memberi makan dengan si budak penjual di pet shop (tak mudah juga nak membela ikan ni, dulu aku tengok kawan kepada kawan yang buat macam senang. Syukurlah aku masih boleh bersabar dan bertabah)

Dicelahan kaca aquarium ini, aku dapat melihat bias pelangi. Indah dan mengkhayalkan bila dinikmati lama.

Aku semakin selesa dengan perasaan yang baru ini. Nyaman dan mengasyikkan. Mungkin kalau aku rindu dia, aku boleh lihat pelangi. Dan aku mula mengharapkan agar bumi Pasir Gudang akan sentiasa dihujani air rahmat, supaya aku boleh lihat selalu pelangi.

Dan masih segar diingatan "kte syg aka igt tu . .Jgn wat2 lupe lak" kata adik melalui sistem pesanan ringkas saat dia mahu berangkat ke Kuala Lumpur. Dan  ini aku reply kepada adik "Akk tak kan lupa, slagi akk Xlupa, dik" Perasaan aku mula sebak. Ceh!


Ini DOAku buat adik : Yaa ALLAH, Kau jauhilah adikku dari perkara yang menjahati dan menzaliminya. Kau lindungilah dia dengan rahmat-Mu, bukakan pintu hatinya supaya dia boleh melalui hari-hari mendatang tanpa sebarang kesedihan. Kembalikan senyumannya kepada semua yang menyayanginya. Amin, yaa Rabb.


Senyummu untuk saudaramu adalah sedekah


Perhubungan tanda aku tidak buta hati.

Hal yang melukai itu mendidik : Benjamin Franklin


Selepas seminggu berlalunya Valentines Day 14 FEB.
(Hari yang digambarkan dengan penuh kasih sayang, yang kononya dirai untuk si pencinta)

Aku masih mengharap :-

Hari-hari yang dilalui dan bakal dilalui adalah hari-hari cinta buatku.

Hari-hari, adalah hari yang penuh dengan kasih sayang.

Hari-hari, adalah hari yang penuh dengan kebahagian untuk dikongsi bersama dengan kawan dan keluarga.

Hari-hari, yang sarat dengan kenangan indah untuk dinikmati pada hari tuaku, selain ditemani lappy dan tv.




Kebahagiaan datang dari keikhlasan, kebahagiaan adalah keluarga, kebahagiaan datang dari memberi bukan menerima

Friday, February 18, 2011

Kesal!

Hari pertama :
Adik : Akak jangan lupa aw, bagi torties mamam. Ikan-ikan tu sekali. Jangan nak malas-malas ea. 

Aku : Ok dik, beres (dalam hati, alamak leceh aa, kena bagi menatang-menatang ni makan, huh! aku merungut)

Hari kedua jam 4:00PM :
Aku : Arghhhhh! . . alamak, mamposlah ikan-ikan tu semua agaknya. (aiks, mana pulak pergi kura-kura ni. Adoi!.. macam ni aku yang mati!)

Kawan Adik : Alarh, kak relakslah dah kura-kura tu ada kaki, memang lah dia boleh naik keluar, lagipun ngan air yang penuh camni, ngan aquarium ni takde penutupnya, memang kompem-kompem boleh lari kak. (ayat dia ni, mungkin nak sedapkan hati aku je kot. Oke aku cuba terima)

Aku : Alamak!.. matilah akak pasni law kawan kau tahu yang akak terlupa nak bagi pet dia makan. Skang ngan torties ni lak dah hilang, kita nak wat per nih Y (Y.. adalah bukan nama sebenar, dan kawan kepada adik)


Kawan Adik: Baik kita bagi tahu jelah kak, hal sebenar, nati tak lah dia sakit hati sangat. Akak nak beli lain pun, kalau dia kemas-kemas rumah tu, pastu jumpa lak ngan kura-kura tu, tak ke pelik kak dia nanti. Akak juga yang nak menjawab. Nanti dia lagi kecewa akak tak jujur. (huh! confident betul minah ni bercakap)

Aku : Uiks, tak beranilah akak, akak takut kena marah ngan dia,  nanti dia kecewa lagi ngan akak. Kecewa dulu tak habis lagi, ni tambah lagi rasa tu. (muka aku dah cuak, aku terbayangkan redup mata dia bila dia rasa kecewa dengan sikap aku yang sebelum ni. Ohh, adakah aku produk yang gagal?)

Hari ketiga :
Adik : Hurm, tak sabarnya nak balik, nak tengok pet saya! huray! (ini adalah sifat typical remaja bila merasa teruja) Cepatlah akak. Akak, kenapa akak diam. kura-kura saya oke kan? (intonasi suara mendesak) hurm, akak tak lupa kan pesan saya, suh bagi makan ikan-ikan ngan kura-kura tu? 

Aku : Hah, oke-oke. (aku cuba tukar topic, memandangkan situasi waktu itu agak merimaskan)

Sepanjang perjalanan balik aku mula rasa serba salah, perasaan ini amat mendebarkan.

Aku : Errk.. (suara aku seperti rasanya macam melekit dikerongkong, vokal suara aku mula tidak seirama, kerana aku memang tak pandai nak bercakap bohong, lebih-lebih lagi dengan orang yang sudah menaruh kepercayaannya kepada aku. Setelah menarik nafas panjang, dah melepaskan dengan agak cepat, aku akhirnya bersuara) Nak cakap ni, kura-kura kau semua hilang dik. Tak pasti sama ada mati, atau dia panjat keluar cari makan. Hmmm, akak terlupa sebab masa balik dah malam, jadi akak takut nak naik rumah sorang-sorang(malangnya alasan ini aku tarik balik sebab  aku tak mampu nak luahkan, takut nanti nampak benor menipunya, dah tua-tua pun penakut) Hmmm.. hah apa kata kita cari lain, akak ganti yang baru ea? (aku cuba melobi perasaannya untuk tutup salah aku)

Adik : (lambat-lambat dan lemah dia jawab, dan aku mula rasa bersalah, kesal!) Hurmm, takpelah kak.. saya busy dua tiga hari ni, saya nak lepak rumah kawan saya, saya takde masa nanti nak jaga pet baru tu. Tapi, nanti bila-bila saya mesti cari yang baru gak, sebab bosan sorang-sorang kat rumah. (fuhh!.. penjelasan yang terakhir buat aku lega dan berjaya mengurangkan rasa stress, akibat sepanjang malam aku berfikir macam mana nak explain)

Aku : Err... dik dah makan? jom makan. (aku berkira-kira, kalau dia sudi ikut aku makan, maknanya dia sudah maafkan aku)

Adik : Dah. Dah makan kak, baru je, dan masih lagi kenyang. (jawaban ini amat mengahampakan aku)

Aku : (terus takde suara nak cakap apa, telan air liur dan harap esok akan pulih seperti biasa. Walaupun aku dapat mengagak yang kali ni mungkin mengambil masa berhari-hari, seperti biasa, selepas dia merasa kecewa dengan sikap aku)

Malam :
Aku : Adik .. turun bawah jap, ni ada prosperity burger. (seperti biasa, aku cuba membeli jiwanya sebagai tanda kesal aku)

Melihat dia turun dan bersalam dengan aku, aku anggap perkara ini sudah selesai sebahagian daripadanya. Mudah-mudahan rajuknya tidak lama.


MORAL : Amanat itu satu amanah. Lagi-lagi amanat itu  datang dari saudara sendiri.








Harapan yang putus.

Magic word yang aku harapkan agar dapat bantu pulihkan semangat aku yang hilang akhirnya terbang juga, selepas mendengar lagu ni dimainkan dengan berulang kali. (rumitkan jadi aku?..ishk..ishk..ishk..)



Ziana Zain

Tiada Jodoh Antara Kita


Mungkin ada rahmatnya 
kita tidak bersama
andainya diteruskan
apakah kesudahan
itulah ucapanmu 
dihujung pertemuan

kuat mana diikat
 pasti akan terlucut
andai disambung lagi
tidak sekuat dulu
kerana cuma aku 
yang menarik
bukan lagi, tanganmu

tak guna mendustai
pada diri sendiri
sedangkan rindu itu 
sering menggangu
salah usah dicari
seharusnya berdua
kita menghadapi, menanganinya

pada zahir 
tidak terlihat
ada garis yang terbentang
tapi, batinku sering berkata
biar ada batasannya

walau tidak disini 
cinta kita bersemi
berkat keyakinanku
dan doa kupohonkan
moga diperkenankan
dipertemukan satu masa nanti

----------------------------------------------------


NOTA : Kaset pertama yang aku beli hasil dari simpan duit sekolah dan membodek mak aku, adalah kaset Ziana Zain Unplugged.







Wednesday, February 16, 2011

Mampu ke?

Berlatarbelakangkan lagu Biarku Menjadi Lilin : Pelangi

Setelah gagal menjadi orang yang terpelajar dan seorang kawan yang gagal memberikan sokongan kepada kawannya, aku tidak mahu lagi gagal berkali-kali.

"Hidup adalah memberi dengan sebanyak-banyaknya bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya." -petikan dialog Laskar Pelangi yang baru aku berkesempatan menonton semalam, setelah sekian lama ditayangkan. (kasihankan aku?)

Apakah aku mampu memberikan dengan sebanyak-banyaknya tanpa jemu dan bosan. Memberi secara berulang, dan tidak marah bila diminta. Mampukah aku memberikan satu kebaikkan, demi satu kebaikkan untuk satu ikatan. Mampukah aku bertahan berkorban tanpa mengungkit dan bertanya balasan. Adakah aku mampu menahan marah dan malu jika dia melakukan kesilapan? apakah aku mampu tersenyum dan mengusap air mata insaf itu dan berkata sesuatu yang baik dengan intonasi suara yang lembut ketika aku sedang marah (kerana aku seorang yang gagal mengawal emosi. Ohh, aku takut gagal) Adakah aku tidak akan menyesal andai waktu itu tiba ketika dia berjauhan denganku dan aku sunyi tanpa senyum, riang tawa dan suaranya? Dan adakah aku akan kecewa jika dia enggan menjadi seperti yang aku harapkan? Adakah aku akan senyap menjeruk rasa, jika satu ketika dia tidak lagi sudi menghantar dan membalas pesanan ringkas atau bertelefon bertanya khabar kerana dia sudah pandai berteman? Sedang Tuhan sangat tahu yang hati ini sangat sensitif dan halus perasaannya.

Diberikan atas nama kasih sayang, tanpa paksaan. Unik kan sayang itu? Kerana sayang itu maksudnya sangat luas. Pernah juga ada yang tersalah anggap tentang kasih sayang aku. Memandang serong, dengan tanggapan yang aku  aneh. Tapi, Tuhan lebih tahu. Pada aku jika memberi dengan sebanyak-banyaknya boleh buktikan kasih sayang. Ya, aku akan beri dengan sebanyak-banyaknya, walau aku tahu sayang itu tidak perlu dibuktikan. Cukup dengan merasa. Aku sayang perasaan ini. Unik kan aku?.


NOTA: Kasih sayang itu indah dan unik. Jangan pernah berhenti berkasih sayang. Err, semua-semua aku sayang. Jadi tolong jangan benci aku, jika aku gagal sayang korang. Wah!


                                    

Tuesday, February 15, 2011

Kerana mulut badan binasa, kerana emosi aku hilang pertimbangan.

Kata orang tua-tua : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Ini kata aku : Terlajak post status boleh delete, terlajak sms  padan muka kau (kau itu merujuk kepada diri sendiri)

Kerana ikutkan hati aku hilang kepercayaan dari orang yang aku sayang. 

10 sebab aku jadi begini :

01.

Sifat egois yang tinggi dan kerana mengamalkan budaya orang lama (Erk, aku kan kakak . . dan ini bukan iklan DiGi) menjadi sebab kenapa aku bersifat pengongkong dan tidak mahu berkongsi masaalah dengan sesiapa pun. Kerana ego, semasa zaman persekolahan, aku pernah ditegur kerana memiliki sifat ini. Ouh oke, ni bab lain.

02.
Sifat terlalu mahu mengambil tahu/penyibuk . . (erk, yang ni tanda caring taw) 

03. 
Sifat gelabah (yang ni aku paling benci) ada 1 peristiwa sadis yang tak dapat aku lupakan. Sila rujuk no.2 puas aku picit-picit handphone, dial . . yang paling aku tak berkenan, yang angkat suara seorang perempuan dengan nada bersahaja "the person you are calling is not reachable. Please try agaian later, TQ!" Wah, buat  aku panas hati je operator ni. Kemudian mulalah aku menghantar sms-sms yang berbau ancaman kepada dia. (kejamkan aku? kasihan dia)

04.
Sifat susah percaya kepada satu-satu perkara (erk, macam mana nak buang sifat ni? Huh, benci! makin lama makin teruk, rasa macam fobia)
--fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Apabila seseorang itu terus-menerus dengan subjek fobia, hal tersebut berpotensi menyebebkan terjadinya fiksasi. Fiksasi adalah sesutu keadaan dimana mental seseorang menjadi terkunci, yang disebabkan ketidak mampuaan mengawal takutnya. Juga terjadi akibat trauma. (ye dulu aku pernah trauma buat aku menyamakan semua orang itu sama. Kejamkan aku? kasihan dia) Seseorang yang mengalami fiksasi akan memiliki kesulitan emosi. Dan sekarang aku sudah tambah lagi fobia dalam diri aku iaitu Atychiphobia - fear of failure--

05.
Sifat terlalu mengikut emosi. Kadang-kadang/lebih kepada selalu aku suka bertindak ikut perasaan tanpa berfikir yang itu sebenarnya salah dan tidak patut.

06.
Cepat berprasangka buruk. (sila rujuk no.4)

07.
Aku juga suka berimaginasi/teringat-ingat tentang satu-satu perkara yang sudah lama berlaku, apabila seseorang itu bercerita tentang masa silamnya (erk, ini pun boleh dikategorikan sebagai fobia. Huh dasyatkan aku? kasihan dia

08.
Suka meremeh-remehkan sesuatu perkara yang orang lain anggap penting. Aku juga tidak pandai menipu. (Erk, yang ini aku tak pasti sifat buruk atau baik) kata orang apa salahnya menipu sikit untuk kebaikkan si polan. Tapi, kalau aku cuba menipu, aku akan cepat tertangkap, kerana ekspirasi muka aku yang nampak blur, dicampur dengan intonasi suara aku yang tersekat-sekat bila bercakap bohong. (Aku benci orang menipu aku, sebab tu aku tak suka tipu orang) Ceh! nampak sangat aku menipu. 

09.
Mudah berubah pendirian akibat dari sifat mudah kasihan. 

10.
Aku berjiwa halus dan penyanyang. (Erk, yang ni aku sangat suka, walaupun sifat ini selalu menjerat diri) Pernah satu ketika, ada yang mempertikaikan sifat aku yang satu ini, dan aku pertahankan dengan sewajarnya. Dan aku merasa puas. Tapi, akhirnya ia gagal juga kerana semua sifat aku diatas sila rujuk dari no.1 hingga no.9. Huhu. (kejamkan aku? kasihan dia)


           Salam Maulidur Rasul 1432H. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. semoga aku tabah menghadapi dugaan yang akan datang, seperti Nabi Muhammad. Aku bukan Nabi, tapi aku boleh contohi sifat-sifat beliau. InshaALLAH.




Aku senang begini.


Musim bunga sudah tiba. Adik-adik pelangi semua bahagia. Semoga musim bunga ini akan terus kekal dihati mereka. Terima kasih Tuhan, diatas kurnia-Mu ini.


Kadang-kadang ALLAH sembunyikkan matahari. Dia datangkan hujan, petir dan kilat. Kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.