Kata orang, kalau mahu berniaga, cuba bela ikan atau letak gambar ikan dalam kedai. Ia boleh bawa untung. (Wah! kalau benar boleh bawa untung, alangkah beruntungnya aku. . Wuhu!)
| FRIDAY 18 Feb 2011 |
Setelah melalui hari-hari yang penuh dengan air mata maria, aku cuba bela ikan untuk bawa nasib luck dan kegembiraan dalam diri, setelah ditinggal pergi sementara seorang sahabat yang ku anggap saudara dekat. Dan atas saranannya, aku cuba perkara baru. Bela ikan. Dulu aku anggap binatang peliharaan membebankan. Sangat leceh kerana ia bernyawa dan aku sedar akan kemampuan diri aku yang malas. Malas nak bagi makan, malas nak bersihkan kotoran, malas nak ambil tahu hal penjagaan dan paling malas nak keluar modal (Haha!)
Kata mak :
"kalau malas, jangan nak bela-bela binatang, buat dosa je kalau mati"
"kalau malas, jangan nak bela-bela binatang, buat dosa je kalau mati"
(aku diam, kerana aku tahu yang aku memang pemalas)
:
"akak, kalau kita bela binatang atau pokok, nanti benda-benda ni semua doakan kita tau kak"
(bersungguh-sungguh penjelasannya dan aku cuma memandang mukanya dengan rasa kosong, sebab tak minat)
Melalui hari ke empat, ia agar mencabar tahap kesabaran diri. Beberapa ekor ikan mati. Setelah mempelajari skill membersihkan aquarium dan memberi makan dengan si budak penjual di pet shop (tak mudah juga nak membela ikan ni, dulu aku tengok kawan kepada kawan yang buat macam senang. Syukurlah aku masih boleh bersabar dan bertabah)
Dicelahan kaca aquarium ini, aku dapat melihat bias pelangi. Indah dan mengkhayalkan bila dinikmati lama.
Aku semakin selesa dengan perasaan yang baru ini. Nyaman dan mengasyikkan. Mungkin kalau aku rindu dia, aku boleh lihat pelangi. Dan aku mula mengharapkan agar bumi Pasir Gudang akan sentiasa dihujani air rahmat, supaya aku boleh lihat selalu pelangi.
Dan masih segar diingatan "kte syg aka igt tu . .Jgn wat2 lupe lak" kata adik melalui sistem pesanan ringkas saat dia mahu berangkat ke Kuala Lumpur. Dan ini aku reply kepada adik "Akk tak kan lupa, slagi akk Xlupa, dik" Perasaan aku mula sebak. Ceh!
Ini DOAku buat adik : Yaa ALLAH, Kau jauhilah adikku dari perkara yang menjahati dan menzaliminya. Kau lindungilah dia dengan rahmat-Mu, bukakan pintu hatinya supaya dia boleh melalui hari-hari mendatang tanpa sebarang kesedihan. Kembalikan senyumannya kepada semua yang menyayanginya. Amin, yaa Rabb.
Ini DOAku buat adik : Yaa ALLAH, Kau jauhilah adikku dari perkara yang menjahati dan menzaliminya. Kau lindungilah dia dengan rahmat-Mu, bukakan pintu hatinya supaya dia boleh melalui hari-hari mendatang tanpa sebarang kesedihan. Kembalikan senyumannya kepada semua yang menyayanginya. Amin, yaa Rabb.
Senyummu untuk saudaramu adalah sedekah
No comments:
Post a Comment