Friday, February 18, 2011

Kesal!

Hari pertama :
Adik : Akak jangan lupa aw, bagi torties mamam. Ikan-ikan tu sekali. Jangan nak malas-malas ea. 

Aku : Ok dik, beres (dalam hati, alamak leceh aa, kena bagi menatang-menatang ni makan, huh! aku merungut)

Hari kedua jam 4:00PM :
Aku : Arghhhhh! . . alamak, mamposlah ikan-ikan tu semua agaknya. (aiks, mana pulak pergi kura-kura ni. Adoi!.. macam ni aku yang mati!)

Kawan Adik : Alarh, kak relakslah dah kura-kura tu ada kaki, memang lah dia boleh naik keluar, lagipun ngan air yang penuh camni, ngan aquarium ni takde penutupnya, memang kompem-kompem boleh lari kak. (ayat dia ni, mungkin nak sedapkan hati aku je kot. Oke aku cuba terima)

Aku : Alamak!.. matilah akak pasni law kawan kau tahu yang akak terlupa nak bagi pet dia makan. Skang ngan torties ni lak dah hilang, kita nak wat per nih Y (Y.. adalah bukan nama sebenar, dan kawan kepada adik)


Kawan Adik: Baik kita bagi tahu jelah kak, hal sebenar, nati tak lah dia sakit hati sangat. Akak nak beli lain pun, kalau dia kemas-kemas rumah tu, pastu jumpa lak ngan kura-kura tu, tak ke pelik kak dia nanti. Akak juga yang nak menjawab. Nanti dia lagi kecewa akak tak jujur. (huh! confident betul minah ni bercakap)

Aku : Uiks, tak beranilah akak, akak takut kena marah ngan dia,  nanti dia kecewa lagi ngan akak. Kecewa dulu tak habis lagi, ni tambah lagi rasa tu. (muka aku dah cuak, aku terbayangkan redup mata dia bila dia rasa kecewa dengan sikap aku yang sebelum ni. Ohh, adakah aku produk yang gagal?)

Hari ketiga :
Adik : Hurm, tak sabarnya nak balik, nak tengok pet saya! huray! (ini adalah sifat typical remaja bila merasa teruja) Cepatlah akak. Akak, kenapa akak diam. kura-kura saya oke kan? (intonasi suara mendesak) hurm, akak tak lupa kan pesan saya, suh bagi makan ikan-ikan ngan kura-kura tu? 

Aku : Hah, oke-oke. (aku cuba tukar topic, memandangkan situasi waktu itu agak merimaskan)

Sepanjang perjalanan balik aku mula rasa serba salah, perasaan ini amat mendebarkan.

Aku : Errk.. (suara aku seperti rasanya macam melekit dikerongkong, vokal suara aku mula tidak seirama, kerana aku memang tak pandai nak bercakap bohong, lebih-lebih lagi dengan orang yang sudah menaruh kepercayaannya kepada aku. Setelah menarik nafas panjang, dah melepaskan dengan agak cepat, aku akhirnya bersuara) Nak cakap ni, kura-kura kau semua hilang dik. Tak pasti sama ada mati, atau dia panjat keluar cari makan. Hmmm, akak terlupa sebab masa balik dah malam, jadi akak takut nak naik rumah sorang-sorang(malangnya alasan ini aku tarik balik sebab  aku tak mampu nak luahkan, takut nanti nampak benor menipunya, dah tua-tua pun penakut) Hmmm.. hah apa kata kita cari lain, akak ganti yang baru ea? (aku cuba melobi perasaannya untuk tutup salah aku)

Adik : (lambat-lambat dan lemah dia jawab, dan aku mula rasa bersalah, kesal!) Hurmm, takpelah kak.. saya busy dua tiga hari ni, saya nak lepak rumah kawan saya, saya takde masa nanti nak jaga pet baru tu. Tapi, nanti bila-bila saya mesti cari yang baru gak, sebab bosan sorang-sorang kat rumah. (fuhh!.. penjelasan yang terakhir buat aku lega dan berjaya mengurangkan rasa stress, akibat sepanjang malam aku berfikir macam mana nak explain)

Aku : Err... dik dah makan? jom makan. (aku berkira-kira, kalau dia sudi ikut aku makan, maknanya dia sudah maafkan aku)

Adik : Dah. Dah makan kak, baru je, dan masih lagi kenyang. (jawaban ini amat mengahampakan aku)

Aku : (terus takde suara nak cakap apa, telan air liur dan harap esok akan pulih seperti biasa. Walaupun aku dapat mengagak yang kali ni mungkin mengambil masa berhari-hari, seperti biasa, selepas dia merasa kecewa dengan sikap aku)

Malam :
Aku : Adik .. turun bawah jap, ni ada prosperity burger. (seperti biasa, aku cuba membeli jiwanya sebagai tanda kesal aku)

Melihat dia turun dan bersalam dengan aku, aku anggap perkara ini sudah selesai sebahagian daripadanya. Mudah-mudahan rajuknya tidak lama.


MORAL : Amanat itu satu amanah. Lagi-lagi amanat itu  datang dari saudara sendiri.








No comments:

Post a Comment