Wednesday, February 29, 2012

Gambaran perasaan.



Kerana didorong oleh faktor cuaca luar, terasa lagu ini begitu dekat dengan jiwaku. Sengaja aku pilih vokal dari Amy Search supaya aku tidak terbuai dengan perasaan sedih melampau.

Lalu segera aku tukar gambar DP facebook aku ke gambar ini:


Hi! . . CAKK! . . HaHa :D

Selepas beberapa saat dimuat turun aku dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan tak kurang juga makian dari kawan-kawan kerana terkejut dengan gambar ini. Haha . . padan muka ko!.

Cute kan senyuman 'dia'? Dan ini nasihat aku, senyum-senyumlah selalu sebab besok-besok kalau kau atau aku dah bertukar jadi mayat, belum tentu dapat mengukir senyuman semanis ini sekarang.

29hb Fabuari, 2012 kita jumpa lagi 4 tahun dari sekarang kalau aku panjang umur.

There's a gift I'd like to give you
That can't be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul

#One thousand million smiles :)

Tuesday, February 28, 2012

Bukan aku memilih, tapi bukan aku yang terpilih.

"Eh, beb! lama tak jumpa kan. Lepas habis sekolah sampai hari ni barulah dapat bersua muka. Lain dah sekarang. Dah khawin ke belum? berapa orang cahaya mata?"

Dan aku hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala tanda aku masih suci, lagi bujang trang tang-tang. Ceh!.

13 tahun selepas meninggalkan uniform sekolah, baru hari ini aku sedar yang aku bukan sahaja bertambah dewasa tapi cukup dewasa.

Ada apa dengan usia? Usia hanya angka. Jadi, jangan tertipu dengan mainan angka. Seperti seorang kaki judi yang ligat menyusun angka empat, ada terbit rasa resah jika agakan kurang tepat. Dan sekarang resah itu bertukar tegang dengan asakan bisikan yang datang dari dalam.

Seperti mereka, kini aku turut terjebak. Aku rasa seolah-olah nombor-nombor ini mengikut aku dengan rapat. Boleh tak aku cuba cara ni sebagai tanda simbolik mencari cinta? Whoaaa!

AWAK SUKA SAYA TAK? :)

Dan seperti biasa, lagu pilihan aku untuk entry ini adalah lagu dari abang Jamal Abdilah, seniman menangis. Aku cuba berimaginasi bermain piano seperti abang Jamal, terasa tiap kali aku menekan-nekan papan kekunci lappy seperti memainkan satu lagu dengan perasaan yang penuh syahdu.

"tiada kawan yang dapat meneka
kuberduka. .
kuberikan majlis bergembira
kutertawa, minum dan berdansa
hingga diri yang sedang berduka
tak percaya. .
aku tersenyum dan ku tersenyum dan tertawa
ku berdansa dan kuberdansa bagai nak gila
kalau kau berada 
dibelakang tadbir menyasikan
kau akan melihat seniman ini menangis"

----------------------------------------------

DOA JODOH LAMBAT.
{SURAH AR-RUM : Ayat 21}

Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA, bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan dijadikan-NYA diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

P/S: Tentang jodoh# Yakinlah, jodoh itu cerminan diri. Maka teruslah jadi baik untuk dapat yang terbaik.

Monday, February 20, 2012

Bla . . Bla . . Bla . .

Oleh kerana kurang gula dalam badan, membuatkan potensi oksigen nak sampai ke otak berjalan agak perlahan, buat aku kurang tenaga untuk berfikir dengan cepat. (kalis)

1. Gara-gara mungkin kurang fokus, sebab aku dah tak minum nescafe lagi waktu pagi, aku tersalah masuk simpang jalan (Bila dah biasa jadi terbiasa, buat aku konfius)  

2. Tak pernah seumur hidup aku masuk Pizza Hut order meat ball sauce massala, walhal tekak nak makan lasagna seafood. Time waitress datang ambil order boleh pulak aku termintak meat ball. Pelik. Bila waiter tu blah baru aku perasan, jadi aku biarkan je.

Ishk-ishk apa pasal aku blur sangat hari ni? 

Yaa ALLAH! Yaa Tuhanku, aku berlindung diri kepada Engkau, daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-MU, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.


Saturday, February 11, 2012

Aku sayang usrah ini!

Berlatar belakangkan lagu Tapi bagaimana dari kumpulan Spider.

Oke aku copy paste sikit lirik lagu ni, tapi bagaimana harus aku katakan padanya, dia yang ada seperti tiada. . bla . . bla . .bla . . okay stop! lirik lagu ni takde kena mengena dengan entry aku. Cuma perkataan pertama sahaja yang menarik perhatian aku untuk aku guna pakai. Tapi bagaimana?. Ya, tapi bagaimana nak aku katakan pada kamu ya ukhti, yang aku sayang kamu kerana ALLAH?.

Tidak terniat langsung dihati aku untuk mencampuri urusan duniawi kamu yang aku rasakan agak jauh dari Tuhan. Aku sungguh-sungguh kasihan melihat kamu berjalan dalam kegelapan, tak ingin sekali aku biarkan kamu mengharungi jalan ini tanpa cahaya-NYA. 

Lalu aku berjanji, akan aku pimpin kamu andai aku jumpa jalan, tak akan ku biarkan kamu sesat keseorangan dalam mencari jalan pulang. 

Aku diam bukan bererti aku membenarkan atau mengiyakan segala perbuatanmu, juga aku bising bukan kerana mahu menyalahkan juga jauh sekali untuk melukakan hatimu. 

Tapi kerana aku sayang kamu!. Maka, sedaya upaya aku cuba menarik kamu untuk menggapai redha-NYA bersama. Dari sehari kesehari aku terus cuba dan cuba. Tapi hati ini benar-benar terguris dengan tindakan kamu. Tiba-tiba hati ini timbul rasa benci. Benci! dengan 'manusia-manusia' yang menarik kamu kembali kejalan yang gelap.

Dan hari ini aku hampir sahaja memungkiri janjiku. Namun tiba-tiba aku sedar jika janjiku ini terkubur bersama amarahku. Aku sama sahaja seperti kamu. Pasti si durjana itu bersorak gembira  dengan kelemahan jiwa seorang pejuang ini.

Andai aku gagal melunaskan janjiku, aku takut, aku akan ditegur oleh Yaa Rabb kerana membiarkan kamu terus-terus dalam kegelapan. Aku tak mahu berjumpa dengan-NYA keseorangan tanpa kamu. Aku tak mahu!. Meskipun sekeping hati ini akan terluka teruk. Ya, aku akan terus berusaha! kerana aku menyayangimu kerana ALLAH, ya ukhti.

Selalu aku berdoa, semoga pertemuan hari ini mampu membina ukhwah yang menemukan kita disyurga-NYA yang abadi kelak.

Husnu Zan (bersangka baik). Ya, inilah yang membuatkan semangat aku untuk terus kuat. 


Sahabat yang baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH. Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama. Dan, melihat gerak-gerinya teringat mati.




Kalaulah kan . .

Kalaulah kan aku tanpa otak! Cer korang bayangkan manusia tanpa otak. Otak adalah memory yang menyimpan segala bentuk data peribadi seseorang. Kadang-kadang aku rasa ada bagusnya juga kalau aku tanpa otak. Jadi aku tak perlu untuk mengingat apa yang aku tak perlu nak ingat.


Bunyi macam kecewa. Kecewakah aku? Marahkah aku? Terasakah aku? Terguris? Tapi kenapa? choi lah!.


Kenapa aku tak belajar melupakan dan merelakan. Mesti ea, kalau malam je mood tu nak pink color? huhu.




Namunku percaya hati meyakini semua akan indah pada akhirnya, kerana tiada luka yang abadi. 


Mengapa tidak MEMAHAMI, sedangkan kita berSAUDARA.

Friday, February 10, 2012

Aku perlukan sokongan!

"Prang . . prang . . prang . ."

Maaf aku tak tahu sebenarnya macamana nak buat sound effect bunyi pinggan kaca jatuh ke lantai. Yang benarnya, bukan pinggan yang jatuh kelantai, tapi hati aku yang jatuh pecah berderai. Tragis? Ishk, ishk, ishk.

Hmmmm . . cukup bagiku, penuhi jiwa ini dengan satu rindu, alhamdulillah.

Berbaloikah kehidupan kau sekarang? Apa erti kehidupan berbaloi? Kehidupan yang berbaloi bukanlah kehidupan mencari harta semata-mata. Bukan kehidupan yang mencari sanjungan. Kehidupan yang berbaloi adalah kehidupan yang kita korbankan kepada orang lain sehingga mereka meraskan kehidupan mereka BERBALOI!.


Aku perlukan seseorang yang MENDENGAR segala harapan dan kekuatanku. Tapi siapa?









Wednesday, February 8, 2012

Diam bukan marah, tapi mengawal amarah.

Dulu kalau aku marah, aku akan adapt status aku kat Wall facebook sebagai ganti memakukan kemarahan didinding.

Kesannya, selepas beberapa lama mengamalkan cara ini. aku rasa aku sudah boleh mengawal kemarahan aku sedikit demi sedikit, dan sekarang aku tidak lagi mengepost status a.k.a What's on your mind kat laman sosial kesayanggan ramai, untuk meluahkan rasa marah, merajuk, terasa hati, geram dan semua perkara yang negetiv. (Oh, Tahniah kepada aku!)

Selepas mereview semula post-post lama melalui TIMELINE, terasa kebas muka aku menahan malu dengan tiap perkataan-perkataan yang aku keluarkan. Adakah status itu berbekas dihati kepada yang terasa? Yaa ALLAH, jahilnya aku ketika marah. Alangkah bodohnya aku kerana ikutkan nafsu amarah yang datang dari syaitan yang menyesatkan.

Ya, aku tekad tidak akan lagi meluahkan rasa marah aku ke'dinding' ini! Mengertilah aku yang diam itu lebih baik ketika sedang marah dan lebih tenang hati.

Luka dihati lebih pedih dari luka fizikal. Dan ini nasihat aku, berhati-hatilah bila berkata-kata, lebih-lebih lagi bila sedang marah.

Insan disekeliling kita adalah permata yang sukar dicari. Hargailah semasa ada, sebelum insan-insan keasayangan kita ini semua bertukar menjadi mayat! dan kau akan menyesal bila mayat-mayat ini kelak akan menuntut keadilan kepadamu di hari pembalasan esok. Whoaaaa . . .











Tiada duka yang abadi.

"Aku sedar walau tiada siapa-siapa yang rindukan aku, aku tahu ALLAH S.W.T tetap menunggu aku." : Positive thinking, aku rindu, sayang kamu because ALLAH :)

Bila rindu kupanggil nama-MU, bila resah gelisah terasa, bila resah menyesak didada. Kemanakah hati ini kan kubawa. 

ALLAH hu maksudi, wa redha hu matlubi : ALLAH tujuanku, dan redha-Nya lah yang aku harapkan.

Tuesday, February 7, 2012

Susahnya nak redha.

Bila aku bersedia nak sampai ke tahap redha bukan lagi pasrah, kenapa perlu ada banyak halangan? Kuat dalam hati aku mengatakan yang aku rela walau terpaksa. Terpaksa? Ya, aku terpaksa untuk belajar melepaskan apa yang bukan milik aku. 

Aku belajar yang ada dekat sekelilingku bukan semuanya terbaik untuk aku.

Aku belajar menerima yang kelebihan itu akan mengimbangi segala  bentuk kekurangan. 

Aku belajar untuk menerima keburukan seseorang bukan kerana itu sifat kekalnya, mungkin satu hari nanti ia akan berubah. 

Aku belajar mengenal isi dunia walau tidak sedalam mana, tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang mana kawan dan yang mana lawan.

Aku belajar bersabar dan memahami yang apabila satu hari nanti  jika dia langsung tak hantar khabar berita, bukan kerana dia lupa aku, tapi dia terikat dengan jadual seorang manusia yang typical seperti aku dan yang lain-lainnya.

Aku belajar untuk melupakan semua orang yang melupakan aku (haha, oke, yang ni aku melawak).  
Berkali-kali rasa kesal itu menjerut hati aku. Bolehkah aku lalui hari-hari aku seperti biasa, selepas aku sudah terbiasa dengan aturcara hidup sebelum-sebelum ini.

Aku percaya ALLAH, tidak akan menduga aku melampaui batas kesanggupanku. Kalau aku percaya ALLAH ada didalam hati, kenapa perlu aku berduka dan bersedih hati apabila diuji? 

Kata orang tua-tua : Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Ini kata aku : Sesal sekarang tak kerja rajin-rajin, nanti esok tua takde punca pendapatan, merempat langsung orang tak kesian lagi tak guna satu sen.

Thursday, February 2, 2012

Febuari bulan cinta.

Fabuary 2, we are gonna talk about LOVE.




Daring je baca entry ni kan. Cinta mana yang cuba kau gambarkan?, cinta siapa yang kau harapkan?, cinta mana yang kau agungkan?.

Sana-sini cinta. On facebook, cinta. On twitter cinta. Buka blog pun entry banyak tentang cinta. Oke, aku cemburu bila bicara tentang cinta. Banyak yang berfantasi tentang cinta. Tahukah kalian semakin banyak yang kalian fikir dan berimaginasi tentang indahnya cinta, buat jiwa kalian semakin sakit dan tertekan?

Ini kerana fantasi yang kalian gambarkan tak sama dengan apa yang kalian lalui sekarang. Ini kenyataannnya. Semakin banyak kalian menidakkan, semakin kalian hilang rasa kepercayaan tentang ohh, indahnya cinta.

Sesungguhnya aku agak kekok dan malu bila diajak berbicara tentang cinta. Otak aku jadi tepu tak berfungsi apabila diminta untuk merungkaikan tentang cinta. Bagaimana cinta menurut kalian?

Dan ini definasi cinta menurut Anna Althafunnisa dalam novel/filem ketika cinta bertasbih.
"Biarpun lidah sudah menghuraikan dengan jelas. Rasanya tanpa lidah, cinta lebih jelas lagi. Sementara pena tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata akan pecah berkeping-keping ketika sampai bab cinta. Dalam menghuraikan cinta akal terbaring tidak berdaya. Bagaikan keldai yang terbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan!."

Ayatul Husna:


    "Cinta adalah kekuatan. Ia ada kemampuan.
    Mengubah duri menjadi mawar.
    Mengubah cuka menjadi anggur.
    Mengubah malang menjadi tuah.
    Mengubah sedih menjadi riang.
    Mengubah syaithan menjadi nabi.
    Mengubah iblis menjadi malaikat.
    Mengubah sakit menjadi sihat.
    Mengubah kedekut menjadi dermawan.
    Mengubah kandang menjadi taman.
    Mengubah penjara menjadi istana.
    Mengubah amarah menjadi ramah.
    Mengubah musibah menjadi muhibbah.
    Itulah CINTA!." 
Dan aku?
"Cinta itu ibarat lampu isyarat. Berhenti bila kena tempat, teruskan bila selamat. InsyaALLAH, selagi kau cinta ALLAH, cinta itu akan manis sampai kau bertukar jadi mayat. Hahaha. - Cinta itu BUTA, dan nikah yang akan membuka kembali matamu."
NOTA tentang bulan cinta yang digambarkan sebagai hari kekasih. Dan aku tujukan bulan istimewa ini khas untuk kekasihku sempena hari keputeraan beliau 12, Rabiulawal. Eid Milad, Ya Rasulullah. Selamat hari kekasih wahai kekasih ALLAH.

Sesungguhnya aku merindui-MU. Andainya Rasulullah masih ada . . ingin sekali aku mendengar gurauannya.

Maka Rasullullah berkata kepada sahabatnya. 
"Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. ALLAH berfirman: Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (surah al-waqiah : 35-37)" Peristiwa ini terjadi setelah baginda didatangi oleh seorang perempuan yang sudah tua dan diminta baginda agar mendoakannya supaya boleh masuk syurga. baginda pun menjawab, wahai ummu!, syurga tidak boleh dihuni oleh perempuan yang sudah tua. Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar dan menangis.