Friday, April 29, 2011

Awan Nano.

Sengaja dikuatkan volume speaker kecil lappy aku, bukan untuk menarik perhatian, tapi hati kecilku terasa dekat bila mendengar nyanyian dari Dina ft Zizan : selamat tinggal kawanku. 


Teringat tentang cerita seorang rakan, yang datang bercerita kepadaku tentang sahabat yang dianggap saudara dekat. Akhirnya pergi mengadap Ilahi (Ohh.. okay aku sayu.)
  
Terima kasih atau terima sayang?
Kalau ada sifat kasih, berilah sayang. 

Jauh jarak dan panjangnya waktu bukan pengukur akrab. Apatah lagi mengharapkan sebarang  perubahan dan meletak harap.

Kini semakin mengertilah aku, maksud sayang itu.

Mendongak ke langit menanti hujan, setelah terdengar langit merengus, agar dapat melihat indahnya warna pelangi, hanya tinggal sepi, apabila pelangi yang muncul seakan kurang warnanya. Mungkin awan kelabu itu sengaja menutup langit kerana terlalu cemburu.


Ohh, rupa-rupanya hujan panas. Patutlah pelangi tak muncul. Kata orang tua-tua, kalau hujan panas, ada orang meninggal mati berdarah. 




NOTA : Tanggal 27/4/2011 seorang dari sepupu aku allahyarhamah Nur Diana telah kembali kerahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semoga rohnya diletakkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Al-Fatihah. 












Thursday, April 28, 2011

Perkara baik.

Bagaimana yang dikatakan buat baik dibalas baik? Jangan memberi jika niat kat budi.

Selepas melalui hari-hari hitamku, dapatkah aku jadikan ianya putih kembali.

Memilih Port Dickson sebagai destinasi percutian untuk melegakan beban perasaan, ternyata membawa ketenangan diri. Terima kasih kawan baru kerana membawa perkara baru dalam memulakan hari  baru. Tapi, pada kawan lama takkan ku lupa detik bersama. 


15/04/2011 - 17/4/2011

Aku percaya hari-hari selalu berganti. Alhamdulillah selamat pulang, moga memberi banyak peluang.

Aku masih lagi tercari-cari erti disebalik perkara baik sebelum tibanya kedatangan Mei.

Adakah Mei akan membawa perkara baik? Baikkah aku dimata Tuhan manusia? 

Semoga awan-awan hitam tidak terus mengikutku. 


Kalau hitam, hitamlah.. jangan dicampur putih, nanti kelabu jadinya.













Monday, April 4, 2011

Lirik Lagu.

Renungan Terakhir by Nora

sebelumnya kau pergi
renunglah kudisini
kerna mungkin terjadi
kita takkan bersua lagi
anggaplah pertemuan ini
mungkin yang terakhir

dan tak usah kita kesali 
atas apa yang terjadi

banyaknya pengorbanan 
telah kupertaruhkan
mungkin tiada bermakna
telah banyak mengguris rasa
untuk itu maafkan ku
kiranya mengganggu 
ketenangan dalam hidupmu 
yang takperlu kehadiranku

dugaan, inikah dugaan untukku
hujungnya tak seindah mimpi
hanyalah igauan ngeri
kau yang pernah kurindu
mudahnya berlalu
mengapa begitu berubah laku
aku menerima salam perpisahan
segalanya sebagai ingatan
biarlah impianku kan berlalu denganmu

kusangka berpanjangan
panas hingga kepetang
tiba mendung menjelma 
tak seperti yang kuharapkan
kini mengertilah aku
tak perlu menunggu
biarkanlah kau dan caramu
aku dengan cara hidupku.

Dalam lirik lagu ada cerita. Cerita duka, luka dan suka. Dan kalaulah dengan lagu boleh suarakan hasrat hati, kan mudah.