Friday, December 30, 2011

Tentang 'dia' bukan Dhia.

1 message received - Jelas nama pengirimnya. Dibiarkan sahaja atau dibalas?

Selalu 'dia' berdoa agar tidak dibolak balikan hati 'dia' dalam bersilaturrahim. 'Dia' tahu, ramai yang ragu dengan perhatian 'dia', bagi 'dia' cukup 'dia' dan yang diatas tahu, tentang hatinya. Yang lain tidak penting. 'Dia' sayangkan usrah ini. 

Nafasnya ditarik dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Angin yang keluar ikut hidung terasa panas bila biasan hembusannya terkena muka. Segera dikerutkan keningnya, makin terserlah usia sebenar 'dia'. 
Kadang-kadang bukan balasan baik, atau hadiah yang 'dia' inginkan. Mungkin sedikit perhatian dan fokus sewaktu 'dia' sedang bercerita, buat 'dia' rasa cukup bahagia dan dihargai. Kerana dalam cerita suka 'dia', 'dia' suka selitkan sekali cerita duka 'dia', kerana 'dia' seorang yang perasia. Kalau tak fokus, memang akan terlepas pandang, sebab 'dia' takkan ulang. Bila sekali percubaan kongsi 'dia' gagal, 'dia' takkan lagi berkongsi cerita duka 'dia'. Jangan salahkan 'dia' kalau 'dia' tak lagi mahu berkongsi, 'dia' lebih rela berkongsi kegembiraan, masa, tenaga dan juga wang. Hm, juga kasih sayang. Sewaktu 'dia' benar-benar perlukan sokongan, jarang 'dia' pamerkan raut kerisauan. Mungkin 'dia' tak mahu orang-orang sekeliling tahu 'dia' dalam tekanan. Yang 'dia' mahu bila 'dia' berasa hiba 'dia' ingin orang disekelilingnya dekat dalam dirinya, cukup untuk ada depan mata. Cukup ke?
Tisu betul hati 'dia' kan? Eiuwwwww . . hahahaha

Ku sangkakan hidup sampai kepetang, rupanya menjadi mayat ditengah hari - HAMKA (kereta mayat) 

Entry tanpa tajuk.

Surah yaasin dipasang, berulang-ulang dengar.

Tenang dan mententeramkan, bagaikan tiada beban. 

Lagi 2 hari masuk tahun baru, hari baru, bulan baru, akan adakah dunia baru buat aku? Ceh!

-------------------->
1999 selepas tamat sesi persekolahan tingkatan 5.

"Kau ada cita-cita?" 

"ada"

"apa?"

"aku nak kawin sebelum umur 25 tahun." (sambil tersengih kerang)

"bodoh kau ni, tu bukan cita-cita, tu gatal namanya"

--------------------->
Penghujung 2011.

Sambil tersenyum, aku masih lagi sendiri. Pengalaman buat aku ngeri nak masuk dunia baru itu.

Sebaik-baik ibadah adalah doa: Yaa ALLAH, jika dia benar untukku. Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU. Dialah permata yang dicari selama ini, baru kutemui. Tapi, ku tidak pasti rencana Ilahi. Adakah dia akan kumiliki? Tidak sekali dinodai nafsu, akan kubatasi dengan syariat-MU. Jika dirinya bukan untukku. Redhakan hatiku dengan ketentuan-MU. Yaa ALLAH, Engkaulah tempatku bergantung harapanku. Kuharap diriku sentiasa dibawah rahmat-MU. Amin . . Amin . . Amin . . Yaa Rabb.





Thursday, December 29, 2011

Sakit itu kifarah dosa

Lokasi : Restoran D'Rinting


"dik, mee hoon goreng ayam dua, pedas-pedas aw, pedas giler, kalau tak pedas kami pulang balik"

"okay kak, pedas giler"

OMG! memang pedas giler, sampai keluar air mata aku makan mee hoon ni. Dan akibatnya satu hari suntuk sampailah entry ni sedang ditulis, aku masih lagi menahan kesakitan, dan keluar masuk tandas. Ceh!, menyesal giler aku. Nilah kata orang-orang lama, dah terantuk baru nak tergadah. Baru nak tunjuk eksyen

Dan gara-gara mee pedas giler semalam, aku lambat lagi pergi kerja. (oke, ini alasan manusia malas macam aku) wuhu! Dan sekarang aku sangat-sangat mengantuk, sepanjang malam tadi rasanya aku habiskan masa bersama DR.Tan.

Aku jarang sakit, setahun kadang-kadang nak dapat demam pun susah. Sakit hati tu selalu. 


Sesungguhnya ALLAH benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya.



Wednesday, December 28, 2011

Jangan biarkan hati dikunci oleh rasa benci.

Sebelum aku bersedia keluar rumah untuk ketempat kerja pagi tadi, aku harapkan supaya cuaca baik, perjalanan akan lancar dan semuanya dipermudahkan. Dalam rancak lagu yang diputarkan oleh dey jay radio, fikiran aku mula menerawak jauh, gara-gara terdengar lagu dari Sixth Sense feat Saujana, penerang hati.

Tahukah dia apa yang aku pinta disetiap doaku? "Tuhan tolong aku, jaga dia, Tuhan aku sayang dia, Tuhan tunjukilah dia jalan yang benar"

Antara sedar dengan tidak, aku akui dia semakin meningkat dewasa apabila umurnya sudah genap 21. Rasa risau yang menguasi perlu aku kurangkan supaya dia rasa selesa untuk terus berkongsi apa saja menurut dia setelah hilang rasa hormat dan kepercayaan terhadap aku.

Dan aku terus khayal menikmati lagu penerang hati, sambil terbayangkan kalaulah sekarang ni aku tengah duduk kat seat belakang, dalam kereta mewah siap ada driver lagi sambil baca surat khabar dan melayan Galaxy Note. Oh! best gila. 

Mencinta-MU, tenangkan jiwaku. Merindu-MU, hatiku selalu. Hanya diri-MU satu, cintaku. Tak mampu ku jauh dari-MU. Hanya pada-MU Tuhan, ku rayu. Kau terangi aku, Engkau penjaga hatiku, pendaping jiwaku, cerahkan cintaku, cinta yang abadi. Ku akan mencintai-MU seluruh jiwaku.









Tuesday, December 27, 2011

Disember.

Facebook selangkah lagi dengan lebih baik, TIMELINE. Mula-mula nampak macam serabut, lama-lama rasa cool pulak. Biasalah pembaharuan tanpa pengetahuan memamang sukar nak diterima. 

Tapi pada aku TIMELINE ni, macam mesin masa. Post-post yang dah basi, semua boleh nampak balik. Macam mengimbau sejarah hidup  rasanya. 

Bila Disember datang aku rasa tak tenteram. Macam-macam peristiwa pahit yang berlaku sekitar bulan ni. 


January, please be nice to me. Berakhirnya Disember, maka berakhirlah segala episod duka dan luka. Aku suka Januari, tak sabar nak update ASB. Hahaha.


Money can't buy happiness. But at least it can create misery for other people.

Aku bila tension.

CASIO-Jam pertama aku yang ada lampu.
Awak ada? takde kannn : D

Aku ada habit buruk, bila aku tension aku akan beli sesuatu yang aku dah ada, lepas tu timbul rasa menyesal. Jangan contohi aku, okey

Tapi kali ni, aku tak rasa menyesal, sebab nilah kali pertama aku ada jam digital siap lampu lagi color gold. Whoa cool! aku nampak ladies kata dia. Teringat pulak zaman sekolah rendah dulu, kalau ada member yang pakai jam tangan digital, sah-sah kena kutuk/ejek sebab tak tahu tengok jam. Alahai, kanak-kanak oh kanak-kanak.

Lagipun aku memang dah lama nak cari jam ni, selalu jumpa kat bazar karat JB, nak cari yang original susah sikit. Bila dah jumpa terus beli. Puas hati, walaupun time ni aku tengah pokai. Tapi, aku tak pasti yang aku ni punya ori ke tak. Nak ori, beli kat oversea lah kan? 

Dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhan-Nya.

Friday, December 9, 2011

Lagi-lagi lara

Sejak dari awal tahun aku dan airmata macam dah bersatu. Ceh! Kebetulan memang musim cerita sedih yek. Sila rujuk filem cinta Ombak Rindu dan drama terbaru Dingin Lavenda, slot Zehra TV3. Episode 1, 9:00pm ini comfirm lencun lengan baju.

Melayan musim bunga waktu winter memang menghayalkan. Oleh kerana Malaysia tak ada winter, yang ada cuma musim tengkujuh, dan entry ini ditulis waktu hujan sedang turun. Aku teringat tentang mustajab doa, yaini waktu-waktu yang ALLAH makbulkan doa. Salah satunya adalah ketika hujan turun, ini tak masuk lagi bab doa orang yang teraniaya.

Dalam kebasahan hujan bersama airmata, aku bermohon agar Tuhan kirimkan aku teman hidup yang baik hati:
"Yaa ALLAH, pertemukanlah aku dengan seseorang yang dapat mententeramkan jiwaku, agar aku dapat menyempurnakan ugamaku."
Lalu hujan pun bertambah lebat memakbulkan doa-doa mereka yang beriman. Semoga doaku ini didengar Tuhan dan diaminkan para Malaikat.

Jom main hujan! Haha. 


Amacam seronok? suka? Tiga tanda soal cukup tak bagi jawaban?

Mata, sakit mata. Tekak, sakit tekak. Hati? Hati sedang cemburu melihat orang lain punya teman.

Hmmm . . Semua sudah ada yang mengatur, iaitu ALLAH S.W.T., jika saatnya ketemu nanti, akan ketemu juga.





Tentang Hati.

Hati kecik atau kecil hati? Aku pun tak pasti. Tapi sekarang apa yang aku sangat pasti aku tengah kecil hati. (huhu, entry kali nih aku tulis syok sendiri)

Jangan disimpan, diluahkan. Itu kata seorang kawan waktu kami sembang petang-petang kat kedai makan tepi jalan.


Okay ni suara hati aku:
"Aku kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hati sangat-sangat sama kamu. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr (boring, upset, fedup! rasa cam nak cepat-cepat gi hijrah ke oversea!)"
Pheww, lega! Dapat luah kat sini pun kira okay lah.  

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's oke to need. When you're are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared make it worse.





Thursday, December 8, 2011

Rasa kosong!

.

.

.

SEPI

.

.

.

Buat masa ni, inilah gambaran tentang dalam diri aku. 

La tahzan Innalahha ma'ana : Jangan takut, jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita. 

ALLAH tak akan beri apa yang kita MAHU, tapi ALLAH akan beri segala apa yang kita PERLU. 


Saturday, December 3, 2011

Ombak itu adalah rinduku.

Sejak kau pergi banyak yang hilang. Apa lagi yang tinggal didalam hati selain harapan?

Setelah harapan yang aku letak kat TGV Tebrau hancur, tak dapat tiket, aku gagahkan diri memandu sejauh ini.

Ulu Tiram - Nasib ada :)

Gara-gara Ombak Rindu, dan rindu nak tengok muka Aaron Aziz, aku pusing 7 keliling. Haha, habis semua panggung aku redah semata-mata nak dapatkan tiket. Dan percubaan hari ke-2 tayangan baru dapat tonton. Tak sangka, macam ni sekali penangan filem melayu yang satu ni.

Kenapa aku mesti menangis?, kenapa aku perlu menangis? Aku ada hak untuk menangis! - Hujan, bawa air mataku untuk dirinya yang jauh dariku, agar dia tidak kesepian selalu rasa ada yang SAYANG.

ENTRY tambahan: Dan sebab SAYANGlah aku peduli.  







Thursday, December 1, 2011

Ini Kisahku

Ini kisah mereka, bagaimana kisah aku?



Seriously aku memamg minat sangat dengan Catriona Ross, tambah lagi bila kami mempunyai taste yang sama, Chevvy Aveo. Woha! Bila dia berubah, aku semakin rasa bangga jadi sebahagian dari peminatnya. 

Kalau kita berubah jadi baik, ALLAH akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita