Wednesday, March 28, 2012

3 Asas ukhwah

1. Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.

2. Jika engkau tidak mahu mengembirakan dia, maka janganlah engkau menyedihkan dia.

3. Jika engkau tidak mahu memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia.




Kawan sejati ambil berat macam seorang IBU. Marah macam seorang AYAH, bergurau macam adik beradik dan menyayangi lebih dari seorang KEKASIH.

Tuesday, March 27, 2012

Nilai aku cuma seperti sepasang kasut.

Bukan nak merendahkan diri dengan menyamakan nilai aku cuma seperti sepasang kasut yang dipakai dikaki. Aku cuba untuk jadi sepasang kasut yang saling memahami, bertolak ansur, memberikan sipemakai keselesaan dan keselamatan sesuai dengan kualiti pembuatan dan harga seorang aku yang diibaratkan.

Ganjil bukan kalau sebelah kaki sahaja yang pakai kasut? Lagi tambah pelik kalau kita pakai kasut sebelah lain, sebelah lagi lain. Begitu juga sewaktu memakai kasut, sipemakai akan mengenakan mana-mana dia suka tanpa mengikut sunnah (dahulukan yang kanan), yang sebelah tidak akan bergaduh kerananya. Inilah yang dinamakan kemanisan bersahabat - mengalah.

Dan aku seperti sepasang kasut itu yang akan sentiasa mengalah, memahami, prihatin dan sentiasa akan memberikan keselesaan maksimum. 


walau tak MAHAL, tapi SELESA.
Lindungilah diri kamu daripada kemarahan, kerana permulaannya ialah kegilaan dan penghujungnya ialah penyesalan. #Sayidina ali r.a

Melihat dirimu, aku mengerti diriku.

Ini bukan kali pertama mereka berpisah dalam tempoh yang lama. Sekali sewaktu adik menjalani latihan praktikal selama 6 bulan, kemudian kerana keadaan. Kini, sekali lagi mereka terpisah kerana masa yang berubah. Emosi merusuh dikepung sebak yang mendalam. Dia risau seandainya salah seorang daripada mereka akan meninggal dunia.

"Allah telah mentakdirkan kakak menjadi perlindungmu. Ini adalah pertalian yang dari syurga yang tak mampu dileraikan oleh sesiapa pun. Seandainya kita berdua menjadi manusia solehah yang dicintai Allah, sekalipun kita terpisah didunia, percayalah kita akan bertemu di syurga kelak."


25hb, Mac. Mungkin ini yang terakhir . . .
Allah tidak pernah mengabaikan kita selagi mana kita menjaga solat. Allah menguji kita dengan perpisahan kerana DIA mahu memberikan kita kemanisannya nanti di syurga-NYA kelak.

BERSAUDARALAH seperti rantaian tasbih.

Friday, March 23, 2012

'Kumpulan sokongan'

Untuk cemerlang dalam hidup kita perlukan kumpulan sokongan. Tapi siapa kumpulan sokongan kita itu? Disinilah persoalannya, kita perlu bijak memilih siapa ahli kumpulan sokongan kita.

2 orang kira 'kumpulan' juga kan?
Banyak perkara sukar dilakukan jika bersendirian. Jadi kumpulan sokongan ini sangat penting. Seperti aku, yang mahu meninggalkan dan melupakan perkara sedih lah sangat. Mereka inilah yang mendorong dan memberikan sokongan kepada aku.

Doa ketika dukacita dan sedih:
Yaa ALLAH, aku berlindung dengan-MU daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang. 

Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup.

6:00am . . 6:30am . . 7:00am . . 8:10am . .

"Wa, bangun! Cepatlah adik dah lambat ni."

------------------------->

"Wa, cepatlahhhhhhhhhh . ."

'Aduh, perut aku meragam. Time-time nilah nak membuang pulak, huh!'

"Kejap!"

8:25am.

8:34am, barulah adik aku sampai ke tempat kerjanya. Lewat 4 minit, aku dah cuba untuk sampai tepat pada masanya. Oleh kerana tiada 'jalan pintas', yang ada hanya jalan yang lurus dengan lampu isyarat bersilang sepanjang jalan dan para pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Suka tak suka aku kena jugak pilih jalan ni.

Huh! Kerana lampu 3 warna banyak masa terbuang sia-sia. Rugi rasanya skill memandu aku yang cekap, lampu isyarat itu tetap menjadi penghalang.

Alasan-alasan typical bila lewat:
1. Lampu isyarat lambat tukar kaler/gagal berfungsi.

2. Lori kontena pagi-pagi dah sibuk menambah tekanan kesesakkan jalan.

3. Kereta kat depan bawak lambat macam siput.

4. Salahkan abang-abang motor yang bawak motor tersengguk-sengguk sebab semalam tidur lewat tengok bola. 

5. Ataupun tiru je alasan mamat ni:

Ini macam kira alasan ke? ceh!

Thursday, March 22, 2012

Dialog suara hati.

'Hidup ini memang palat!'

'Hidup kalau tak buat palat, kau tak akan dikenang.'

Termanggu-manggu menanti jawaban erti palat dalam kehidupan.

Sambung:



'Sadis betul kalau hidup kau straight tanpa konar-konar. Tegak macam patung berhala. Kau bodoh sebab tak nikmati isi dunia ini dengan tanganmu sendiri.'


Mendongak ke langit, terasa dekat dengan muka. Aku lontarkan senyuman pada langit eh! pada awan, eh! bukan, pada matahari mungkin. Untung ada Ray Ban dapatlah aku mengukir senyuman manis pada sang matahari.


'Bukan aku tak nak konar-konar, aku pilih jalan straight sebab aku takda break, aku takut kalau aku konar, konar aku sasar, sebab kurang perisian.'


Langsung aku istighfar. Dari mana datang suara kedua ini? Kosong. Dengan siapa aku berlawan cakap tadi?


Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) Dan sesungguhnya kesudahanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu kejayaan & kebahagian dunia & di akhirat sehingga engkau redha -berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu. lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapati-Nya engkau mencari-cari jalan yang benar. Lalu Dia memberikan hidayah petunjuk dengan wahyu Al-Quran? Dan didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan?. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta bantuan pimpinan maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepada-Nya. {Adh-Dhuha}

Kalau kau berada ditempat aku, kau pasti menyesal menjadi aku.

Bosan.

Bosan.

Bosan.

tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, tik tok . . . .

13 tahun lamanya, tapi tiada apa yang berubah, melainkan saiz tubuh badan. Berapa banyak masa lagi harus aku bazirkan.

Apa yang terlihat dizahir tak sama dengan didalam. Nampak indah tapi berkarat didalam. 


Dan demi masa! sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar. {Al-'Asr)


Wednesday, March 21, 2012

Cerita waktu hujan.

Siapalah aku hendak menidakkan takdir.  Betul, ada beza orang beriman dengan tidak beriman. Tapi aku pun manusia biasa yang terumbang-ambing imannya yang mudah tertipu dan menipu.

Saat aku perlukan bahu dan hujung lengan baju seorang kawan sebagai pengelap air mata, yang ada cuma sehelai tisu basah yang robek pemberian seorang nyonya tua semasa beratur panjang menunggu giliran untuk masuk ke tandas.

Cuaca luar yang sejuk, beserta angin dan hujan lebat buat kotak hitam leper ini tak berfungsi. Sial!! . . services is currently not available. Celaka punya Astro!. 

Aku mamang tak boleh duduk sorang-sorang diam-diam, nanti banyak bayangan hitam yang mengacau fikiran. Lalu segera aku mandi, capai kunci kereta dan berlalu kepintu masjid jalan besar.

Dilantai pengaduan banyak yang aku adukan, beralaskan karpet tebal buatan Belgium, aku terasa empuk. Aku tahu, sebab kat belakang tu ada tulis made from Belgium. Disitu aku menangis sepuasnya. Tanpa bahu seorang kawan, aku masih ada Tuhan. 



Ini adalah pepatah barat yang sangat popular: Sharing is caring.
Dan ini pula pepatah aku: Sharing, sometime make you boring when you waiting, and sometime sharing is no meaning. 

Friday, March 16, 2012

Suara hati besi

Dalam hati ada IMAN



Selepas tamat tingkatan lima sehingga hari ini, hidup aku sama sahaja. Mendatar, tak turun dan tak naik-naik. Tiada sebarang perubahan sama ada baik atau lebih baik, tak ada cabaran, tak ada tentangan. 

Aku rasa hidup aku semakin kurang kualiti dan ceria. Bangun pagi, pergi kerja balik petang, kadang-kadang sampai malam. Esok bangun, tidur lagi dan ulang benda yang sama. Shit! Sumpah aku bosan!

Aku perlukan sesuatu yang memberangsangkan minda bukan duduk tepu macam pesakit kronik yang give up tunggu ajal datang! selepas doktor buat keputusan yang 'dia' ada tempoh 3 bulan sahaja untuk hidup.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!


Walau aku jerit sekuat hati,
suara aku tidak siapa dengari, 
tapi aku yakin dan pasti, 
Tuhan itu ada disisi.





Wednesday, March 14, 2012

Lagu ini untuk aku.

Bersama petikan gitar berkonsepkan akuastik yang halus bergema dicuping telinga, senada dengan liriknya ditujukan untuk aku. Dengan penambahan ayat, menyatakan lirik versi Inggeris lebih sedap. Dan oleh kerana aku bukan terpelajar, aku lebih tertarik dengan versi Indonesia yang dimuat turun dari laman You Tube.


Kepada Tuhan (Dear God by Avenged Sevefold)

Jalan sepi dibatas kota ini
Jauh dari seseorang yang aku sayangi
Ku terkenang kata yang kau ucapkan
Namun tak bisa membuatku kembali kepadamu

Tuhan hanya satu pintaku pada-MU
Jagalah dia saat aku jauh dari sisinya
Kuharapkan orang yang tulus pada-MU
Tapi kutinggalkan dirinya saat aku berjumpa
Aku sendiri dan aku lelah
Aku merindukanmu, sayang
Dan lagi

Rasa hampa menyelubungiku
Tak seorang pun disini yang menemaniku
Masa indah saat ku bersamamu
Dan potretmu akan iringi hariku

--------------------------------------------

Mencari, tiada ku temukan
Seolah sia-sia
Keranamu, ku tetap bertahan
Menyerah tak kan pernah
Betapaku merindukanmu didalam pelukku


Tuesday, March 6, 2012

Hari ke-3 selepas kejadian.

Yang cedera itu dikaki bukan ditangan atau jari jemari. Jadi aku takde masalah nak tulis entry, update status facebook, post twitter, cek email, balas message, picit-picit handphone, tekan remote tv, makan dan mengorek hidung.

Dan bertemankan secangkir nescafe, aku duduk tekun mengadap lappy melawan sakit yang langsung tak berkurang, sambil menunggu ada atau tidak khabar dari dinding sebelah.

Hampa. Ouh, lupa! aku sebenarnya mana ada kawan. Segera aku pejamkan mata rapat-rapat. Aku cuba bayangkan, andai aku benar-benar tiada satu hari nanti, berapa ramai yang akan datang menziarahi tubuh kaku aku sambil bertakziah. Tsk . . tsk . tsk.

Teringat mati terasa telapak tangan aku berpeluh-peluh. Hati aku tiba-tiba resah. Segera aku buka mata luas-luas, aku memusingkan badan kekiri kekanan, antara sedar dengan tidak hati aku masih lagi bergetar terasa kecut perut aku mengenangkan insiden tempoh hari. Perasaan itu cuma aku yang tahu.


{Surah Ar-Ra'd : 28} Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenteram.

Monday, March 5, 2012

Ayam atau daging?

"Ayam atau daging?"

"Daging."

"Ayam atau daging?"

"Saya pilih ayam."

"Ayam atau daging?"

"Saya pilih dua-dualah."

*Ini adalah iklan makan tengah hari dari McD.

Dan kalaulah aku disoal secara rawak waktu aku sedang kelaparan aku pun tak pasti nak jawab apa.

Perlukah aku pakai dadu untuk jawab soalan simple macam ni. Kenapa mesti nak kena pilih-pilih, sedangkan kedua-duanya sangat sedap dan boleh dimakan.

"Antara hidup atau mati, yang mana satu kau mahu?"

Aku pilih hidup. Ehh, tak. Aku pilih mati.

Sabda Nabi S.A.W : Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

ALLAH, Engkau dekat, penuh kasih sayang.

ATTN: Perhatikan Bulatan Kuning.

Inilah yang dikatakan "RABAK POKET " :D

Niat nak memancing dan menenangkan fikiran katanya, akhirnya menjadi tragedi tragis. Nasib baik pakai jeans, kalau tak bukan setakat seluar rabak dengan peha-peha aku sekali koyak.

Selepas diberi suntikan kancing gigi dan dibersihkan luka dengan ubat kuning dan dibekalkan pil tahan sakit juga antibiotik, aku sudah boleh pulang kerumah tanpa perlu check-in kat wad.

Terima kasih pada misi yang tolong bersihkan luka-luka, dan juga makcik cleaner, habis basah katil dan lantai disebabkan badan aku yang basah kuyup dan berdarah.

Dia nilah PELAMPUNG saya. :)
Terima kasih pada adik Is. Aku tak pandai berenang dialah yang selamatkan aku dan aku tak tahu nak panggil dia apa lepas ni HERO atau HEROIN. (sorry adik Is . . Haha.) Tekad ku, aku mesti belajar berenang, balik ni nak daftar kelas renanglah.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya.

Friday, March 2, 2012

Sekeping hati yang terluka teruk

Menyusuri pantai berkaki ayam sambil mengejar anak-anak ketam sangat menghiburkan. Udara malam yang sejuk tak dihiraukan, ditangannya ada lampu suluh, ligat dia menyuluh mencari anak-anak ketam yang bersembunyi dicelahan batu dan pasir.

Setiap kali terjumpa anak ketam, dia tersenyum kegirangan seolah-olah itu kali pertama berjumpa ketam. Terasa lucunya seperti anak kecil yang baru mengenal dunia.

Muka yang sentiasa tersenyum itu, tiada siapa yang tahu hati didalamnya telah terkoyak pedih.


"Jika aku selalu tersenyum didepanmu, bukan bererti aku tidak pernah menangis dibelakangmu"

Cinta kura-kura.

Antara Cinta kura-kura dan cintakan kura-kura. Eh, yang mana satu ea?


Cintakan kura-kura

Nasihat aku, jangan bersedih. Dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Dan sekian kalinya didalam sepi itu aku terperangkap dalam DIRI. Aku diperdaya oleh MIMPI fantasi. 



Thursday, March 1, 2012

Jauh disudut hati.

"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada." - Wikipedia: Hasil aku meng'google' tentang air mata.


Sekarang kau yang mana? 


Aku?


(jungkit bahu) 


Aku rindukan orang ini:-


Ehh?? kenapa tak boleh nak upload gambar pulak ni? 
Arghhhhhhhhh


Oke, sekian. 


Ukhwah!, kerana sebuah ukhwah air mata sering menitis kerananya. Ukhwah ini terlalu bererti buatku Yaa Allah, rahmatilah dan redhailah ukhwah kami. : Fillah abadan abadaa.