Boleh ke kamu ada disisiku selalu, menemaniku sehingga hari tuaku. Kerana aku pasti aku tak bisa memaksa dirimu untuk selalu-selalu bersama aku.
Saturday, May 14, 2011
Terima kasih ucap Selamat.
Entry ini sepatutnya aku tulis semalam. Tapi oleh kerana aku tidak dapat nak update disebabkan server down. Buat sementara aku tulis di nota facebook, dan hari ini barulah aku adapt ke blog.
Terima kasih Tuhan. Yang ke-29 tahun dapat kuinjak dengan izin-Mu. Terima kasih kawan-kawan atas ucap selamat yang di post ke Wall aku. Doa ucap selamat kalian bagai dodoian seorang ibu.
Terima kasih Tuhan. Yang ke-29 tahun dapat kuinjak dengan izin-Mu. Terima kasih kawan-kawan atas ucap selamat yang di post ke Wall aku. Doa ucap selamat kalian bagai dodoian seorang ibu.
Jumaat, 13hb. Mei 2011 genap sudah usia aku yang ke-29 (genap usia pada angka ganjil) Menginjak ke angka 29, sebelum datangnya 30. Semoga segala yang dihasrat dapat dicapai.
Doa-doa dari kawan amat aku nanti-nantikan. Manisnya doa itu bila diiringi dengan ingatan bila kalian mengingati hari lahirku (walaupun kalian dapat note notification dari facebook) Tak kisahlah kan yang penting kurang sudi post kat wall aku, untuk ucap selamat.
Ucap selamat lebih dari 40 post, maknanya aku dapat 40 doa hari ini, hari Jumaat. Doa hari Jumaat afdal, ditambah lagi berdoa ketika hujan turun, maksud hadis.
Terasa manis kerana aku tidak sambut hari ulang tahun aku sorang-sorang. Terima kasih kawan sudi luang masa buang masa teman aku disini, sambil jari tak henti-henti mengetuk papan keybord untuk ucap selamat keatas aku.
Selamat hari lahir, selamat ulang tahun, selamat panjang umur, selamat bertemu jodoh, selamat dunia akhirat, semoga aku selamat didalam perjalanan panjang menuju kejalan-Nya.
Walaupun aku masih ternanti-nanti ucap selamat dari seorang kenalan yang ku anggap saudara dekat. Masih adakah lagi ingatan itu diingatannya. Semoga kamu selamat sentiasa dibawah lindungan-Nya. Berada tetap dijalan-Nya. Tidak goyah walau yang datang itu sederas ombak tsunami besar. Aku tahu kamu tidak baca note ini tapi kamu tetap diingatanku.
Terima kasih kawan baru, kehadiran kalian berdua amat aku hargai. Aku senang dengan adanya kalian disisi. Walau aku amat menyebalkan dihati, kalian masih sudi melayan aku sampai dinihari dikedai kopi.
Alhamdulillah. Syukur Yaa ALLAH, diatas nikmat usia yang Kau berikan padaku.
Selamat Panjang Umur = selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada ALLAH.
Friday, May 6, 2011
Hiburan yang menghiburkan.
filem wajib tonton bulan Mei.
12 tahun yang dulu aku tidak kenal bentuk hiburan seperti ini, mungkin kawasan aku dibesarkan yang jauh dari bandar. Dan mungkin juga cara aku dibesarkan keluarga.
Bilangan adik beradik seramai 8 orang, bayangkan kalau harga tiket sekeping RM14 x 8 (RM14 adalah harga tiket sekarang, bukan 12 tahun yang dulu) tak termasuk mak dengan bapak aku lagi. Itu belum lagi harga popcorn dan minuman ringan dan kos-kos sampingan. (Ohh, mahalnya harga untuk berhibur) mahu kopak poket bapak aku, dengan hanya peroleh pendapatan bulanan sebagai seorang guru, dan tanggungan yang ramai, mana boleh kami merasa hiburan seperti ini.
Dan ini adalah filem pertama yang aku tengok dipawagam. Aku tonton filem ni masa raya, kumpul duit raya barulah dapat beli tiket, kalau suruh bapak aku bayar, baik dia beli susu tepung adik aku.
![]() |
| filem pertama yang aku tonton dengan adik beradik aku kat kuala lumpur. |
Dan ini pula adalah filem pertama aku bawak mak ke pawagam, selepas aku peroleh pendapatan sendiri. Walaupun pendapatan aku tak seberapa :)
![]() |
| filem pertama yang aku tonton bersama emak kat TGV Jusco |
filem apa yang aku nak bawak mak aku untuk ditonton bersama sempena hari ibu 8 Mei nanti? nampaknya kena tunda 19 Mei, filem Nur Kasih lebih sesuai dengan jiwa seorang ibu. Semoga Nur yang terpancar di wajah emak, dapat kulihat selalu buat pengubat rindu bila aku pilu.
Dengan melihat wajah ibu sahaja sudah dapat ganjaran pahala : maksud hadis
Thursday, May 5, 2011
Salah siapa?
Bukan nak salahkan mana-mana atau siapa-siapa.
Lidah yang melontar kata dari hati, keluar dari mulut. Salah siapa? salah lidah atau salah mulut? atau salah hati? (masih tidak mahu salahkan diri)
Sewaktu sedang marah atau terbeban dengan bebanan besar, sering aku meluah ikut suka hati. Walau ada kalanya lontaran kata itu aku tak maksudkan untuk menyakiti siapa-siapa. Yang ni, nak salahkan siapa? (owhh, makin banyak yang bersabit)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Padah itu telah pun ku tanggung, dan padah itu semakin parah. Salah siapa? mulut yang bercakap tapi hati yang kena tanggung.
Kata emak : kalau marah, paku kan marah itu kedinding. (kasihan dinding jadi mangsa marah dan mangsa 'salah')haha. . yang ni, aku melawak.
Salah atau tidak, Satu-satu perkara itu sudah pun berlaku atas kehendak-Nya. Sibuk menuding jari, jangan sampai tertunding diri. Musibah ini ada rahmatnya, berprasangka baiklah dengan-Nya.
Tuhan uji, Tuhan sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)





