Saturday, May 14, 2011

Terima kasih ucap Selamat.

Entry ini sepatutnya aku tulis semalam. Tapi oleh kerana aku tidak dapat nak update disebabkan server down. Buat sementara aku tulis di nota facebook, dan hari ini barulah aku adapt ke blog.


Terima kasih Tuhan. Yang ke-29 tahun dapat kuinjak dengan izin-Mu. Terima kasih kawan-kawan atas ucap selamat yang di post ke Wall aku. Doa ucap selamat kalian bagai dodoian seorang ibu. 

Jumaat, 13hb. Mei 2011 genap sudah usia aku yang ke-29 (genap usia pada angka ganjil) Menginjak ke angka 29, sebelum datangnya 30. Semoga segala yang dihasrat dapat dicapai.

Doa-doa dari kawan amat aku nanti-nantikan. Manisnya doa itu bila diiringi dengan ingatan bila kalian mengingati hari lahirku (walaupun kalian dapat note notification dari facebook) Tak kisahlah kan yang penting kurang sudi post kat wall aku, untuk ucap selamat.

Ucap selamat lebih dari 40 post, maknanya aku dapat 40 doa hari ini, hari Jumaat. Doa hari Jumaat afdal, ditambah lagi berdoa ketika hujan turun, maksud hadis. 

Terasa manis kerana aku tidak sambut hari ulang tahun aku sorang-sorang. Terima kasih kawan sudi luang masa buang masa teman aku disini, sambil jari tak henti-henti mengetuk papan keybord untuk ucap selamat keatas aku.

Selamat hari lahir, selamat ulang tahun, selamat panjang umur, selamat bertemu jodoh, selamat dunia akhirat, semoga aku selamat didalam perjalanan panjang menuju kejalan-Nya. 

Walaupun aku masih ternanti-nanti ucap selamat dari seorang kenalan yang ku anggap saudara dekat. Masih adakah lagi ingatan itu diingatannya. Semoga kamu selamat sentiasa dibawah lindungan-Nya. Berada tetap dijalan-Nya. Tidak goyah walau yang datang itu sederas ombak tsunami besar. Aku tahu kamu tidak baca note ini tapi kamu tetap diingatanku. 

Terima kasih kawan baru, kehadiran kalian berdua amat aku hargai. Aku senang dengan adanya kalian disisi. Walau aku amat menyebalkan dihati, kalian masih sudi melayan aku sampai dinihari dikedai kopi.

Alhamdulillah. Syukur Yaa ALLAH, diatas nikmat usia yang Kau berikan padaku. 

Selamat Panjang Umur = selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada ALLAH.

No comments:

Post a Comment