| Dalam hati ada IMAN |
Selepas tamat tingkatan lima sehingga hari ini, hidup aku sama sahaja. Mendatar, tak turun dan tak naik-naik. Tiada sebarang perubahan sama ada baik atau lebih baik, tak ada cabaran, tak ada tentangan.
Aku rasa hidup aku semakin kurang kualiti dan ceria. Bangun pagi, pergi kerja balik petang, kadang-kadang sampai malam. Esok bangun, tidur lagi dan ulang benda yang sama.
Aku perlukan sesuatu yang memberangsangkan minda bukan duduk tepu macam pesakit kronik yang give up tunggu ajal datang! selepas doktor buat keputusan yang 'dia' ada tempoh 3 bulan sahaja untuk hidup.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!
Walau aku jerit sekuat hati,
suara aku tidak siapa dengari,
tapi aku yakin dan pasti,
Tuhan itu ada disisi.
No comments:
Post a Comment