Berlatar belakangkan lagu Tapi bagaimana dari kumpulan Spider.
Oke aku copy paste sikit lirik lagu ni, tapi bagaimana harus aku katakan padanya, dia yang ada seperti tiada. . bla . . bla . .bla . . okay stop! lirik lagu ni takde kena mengena dengan entry aku. Cuma perkataan pertama sahaja yang menarik perhatian aku untuk aku guna pakai. Tapi bagaimana?. Ya, tapi bagaimana nak aku katakan pada kamu ya ukhti, yang aku sayang kamu kerana ALLAH?.
Tidak terniat langsung dihati aku untuk mencampuri urusan duniawi kamu yang aku rasakan agak jauh dari Tuhan. Aku sungguh-sungguh kasihan melihat kamu berjalan dalam kegelapan, tak ingin sekali aku biarkan kamu mengharungi jalan ini tanpa cahaya-NYA.
Lalu aku berjanji, akan aku pimpin kamu andai aku jumpa jalan, tak akan ku biarkan kamu sesat keseorangan dalam mencari jalan pulang.
Aku diam bukan bererti aku membenarkan atau mengiyakan segala perbuatanmu, juga aku bising bukan kerana mahu menyalahkan juga jauh sekali untuk melukakan hatimu.
Tapi kerana aku sayang kamu!. Maka, sedaya upaya aku cuba menarik kamu untuk menggapai redha-NYA bersama. Dari sehari kesehari aku terus cuba dan cuba. Tapi hati ini benar-benar terguris dengan tindakan kamu. Tiba-tiba hati ini timbul rasa benci. Benci! dengan 'manusia-manusia' yang menarik kamu kembali kejalan yang gelap.
Dan hari ini aku hampir sahaja memungkiri janjiku. Namun tiba-tiba aku sedar jika janjiku ini terkubur bersama amarahku. Aku sama sahaja seperti kamu. Pasti si durjana itu bersorak gembira dengan kelemahan jiwa seorang pejuang ini.
Andai aku gagal melunaskan janjiku, aku takut, aku akan ditegur oleh Yaa Rabb kerana membiarkan kamu terus-terus dalam kegelapan. Aku tak mahu berjumpa dengan-NYA keseorangan tanpa kamu. Aku tak mahu!. Meskipun sekeping hati ini akan terluka teruk. Ya, aku akan terus berusaha! kerana aku menyayangimu kerana ALLAH, ya ukhti.
Selalu aku berdoa, semoga pertemuan hari ini mampu membina ukhwah yang menemukan kita disyurga-NYA yang abadi kelak.
Sahabat yang baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH. Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama. Dan, melihat gerak-gerinya teringat mati.
No comments:
Post a Comment