Bila aku bersedia nak sampai ke tahap redha bukan lagi pasrah, kenapa perlu ada banyak halangan? Kuat dalam hati aku mengatakan yang aku rela walau terpaksa. Terpaksa? Ya, aku terpaksa untuk belajar melepaskan apa yang bukan milik aku.
Aku belajar yang ada dekat sekelilingku bukan semuanya terbaik untuk aku.
Aku belajar menerima yang kelebihan itu akan mengimbangi segala bentuk kekurangan.
Aku belajar untuk menerima keburukan seseorang bukan kerana itu sifat kekalnya, mungkin satu hari nanti ia akan berubah.
Aku belajar mengenal isi dunia walau tidak sedalam mana, tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang mana kawan dan yang mana lawan.
Aku belajar bersabar dan memahami yang apabila satu hari nanti jika dia langsung tak hantar khabar berita, bukan kerana dia lupa aku, tapi dia terikat dengan jadual seorang manusia yang typical seperti aku dan yang lain-lainnya.
Berkali-kali rasa kesal itu menjerut hati aku. Bolehkah aku lalui hari-hari aku seperti biasa, selepas aku sudah terbiasa dengan aturcara hidup sebelum-sebelum ini.
Aku percaya ALLAH, tidak akan menduga aku melampaui batas kesanggupanku. Kalau aku percaya ALLAH ada didalam hati, kenapa perlu aku berduka dan bersedih hati apabila diuji?
Kata orang tua-tua : Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Ini kata aku : Sesal sekarang tak kerja rajin-rajin, nanti esok tua takde punca pendapatan, merempat langsung orang tak kesian lagi tak guna satu sen.
No comments:
Post a Comment