Monday, February 14, 2011

Aku tidak mahu menjadi *produk yang gagal!

01:21PM
Kring . . Kring . . Kring . . (iPhone 3GS 16GB aku berbunyi. Huh! tak best langsung kan bunyi incoming call handphone aku)


HJH. SAMSINAR BTE HASSAN
>>>> Jelas terpampang gambar pemanggil (Emak)<<<<

MAK: Wa, mak ni, bila kau senang? 

AKU : Err . . hari-hari tak senanglah mak.(nada lemah)


MAK : Ni hah mesin basuh dah rosak, kain baju berlambak . . sape nak basuh, balik cepat, belikan mak mesin baru taw. Cepat!

AKU : (Gulp! ini adalah effect air liur aku) Alarh mak, takde sape jaga kedai orang ni mak, tinggal budak part time, tu pun kul 6pm kang baru datang. Adoi! (nada mula meninggi) takkan lah dalam rumah tu takde sape-sape lagi yang boleh belikan mak mesin basuh? Balik-balik orang je. Mak ingat orang ni tak buat apa-apa ke? Orang sibuklah mak, tengah ada custemour ni. (AMARAN! jangan tiru aksi ini)

MAK : Tulah kau kan, kalau mak suh, bukan main lambat ko bergerak, kalau untuk orang lain (nada mula beremosi. Bla . .bla . .bla . . *bubling dan talian terputus~~ dan aku mula terkebil-kebil tak sedap hati)

Peristiwa dua hari lepas terbayang depan mata aku. Macam tengok siaran ulang tayang filem layaknya "makkk... sakitlah! aku lempang kang!.. tak kiralah sape pun, kalau aku dah sakit, dua-dua aku lempang je, aku tak kira." Aku tengok wajah tua ibu itu berubah, berkali-kali dia meminta maaf pada si anak. Tapi si anak tetap tak endah. Aku jadi sebak. Isu anak derhaka amat sensitif bagi aku. Mengenang peristiwa itu buat aku rasa sayu. Ye, aku menangis.

Zuppp! (ini adalah effect kepantasan aku bergerak) Cepat-cepat aku cari mangga pintu dan rantai besi. Cepat-cepat aku tutup kedai, cari kedai barangan menjual elektrik. Ahah, nasib baik Kedai Elektrik Mega Jaya  ni buka lagi. (fuhh, lega! semoga mak gembira dapat mesin basuh baru dari aku. Wuhu!)

NOTA: Dan apabila tertutupnya mata ibumu, maka hilanglah satu daripada keberkatan dari ALLAH, (doa dari seorang ibu) Terima Kasih mak. Tapi cukup ke sekadar berterima kasih? Hrmm.

No comments:

Post a Comment