Berlatarbelakangkan lagu Biarku Menjadi Lilin : Pelangi
Setelah gagal menjadi orang yang terpelajar dan seorang kawan yang gagal memberikan sokongan kepada kawannya, aku tidak mahu lagi gagal berkali-kali.
"Hidup adalah memberi dengan sebanyak-banyaknya bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya." -petikan dialog Laskar Pelangi yang baru aku berkesempatan menonton semalam, setelah sekian lama ditayangkan. (kasihankan aku?)
Apakah aku mampu memberikan dengan sebanyak-banyaknya tanpa jemu dan bosan. Memberi secara berulang, dan tidak marah bila diminta. Mampukah aku memberikan satu kebaikkan, demi satu kebaikkan untuk satu ikatan. Mampukah aku bertahan berkorban tanpa mengungkit dan bertanya balasan. Adakah aku mampu menahan marah dan malu jika dia melakukan kesilapan? apakah aku mampu tersenyum dan mengusap air mata insaf itu dan berkata sesuatu yang baik dengan intonasi suara yang lembut ketika aku sedang marah (kerana aku seorang yang gagal mengawal emosi. Ohh, aku takut gagal) Adakah aku tidak akan menyesal andai waktu itu tiba ketika dia berjauhan denganku dan aku sunyi tanpa senyum, riang tawa dan suaranya? Dan adakah aku akan kecewa jika dia enggan menjadi seperti yang aku harapkan? Adakah aku akan senyap menjeruk rasa, jika satu ketika dia tidak lagi sudi menghantar dan membalas pesanan ringkas atau bertelefon bertanya khabar kerana dia sudah pandai berteman? Sedang Tuhan sangat tahu yang hati ini sangat sensitif dan halus perasaannya.
Diberikan atas nama kasih sayang, tanpa paksaan. Unik kan sayang itu? Kerana sayang itu maksudnya sangat luas. Pernah juga ada yang tersalah anggap tentang kasih sayang aku. Memandang serong, dengan tanggapan yang aku aneh. Tapi, Tuhan lebih tahu. Pada aku jika memberi dengan sebanyak-banyaknya boleh buktikan kasih sayang. Ya, aku akan beri dengan sebanyak-banyaknya, walau aku tahu sayang itu tidak perlu dibuktikan. Cukup dengan merasa. Aku sayang perasaan ini. Unik kan aku?.
NOTA: Kasih sayang itu indah dan unik. Jangan pernah berhenti berkasih sayang. Err, semua-semua aku sayang. Jadi tolong jangan benci aku, jika aku gagal sayang korang. Wah!.
No comments:
Post a Comment