Tuesday, February 15, 2011

Kerana mulut badan binasa, kerana emosi aku hilang pertimbangan.

Kata orang tua-tua : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Ini kata aku : Terlajak post status boleh delete, terlajak sms  padan muka kau (kau itu merujuk kepada diri sendiri)

Kerana ikutkan hati aku hilang kepercayaan dari orang yang aku sayang. 

10 sebab aku jadi begini :

01.

Sifat egois yang tinggi dan kerana mengamalkan budaya orang lama (Erk, aku kan kakak . . dan ini bukan iklan DiGi) menjadi sebab kenapa aku bersifat pengongkong dan tidak mahu berkongsi masaalah dengan sesiapa pun. Kerana ego, semasa zaman persekolahan, aku pernah ditegur kerana memiliki sifat ini. Ouh oke, ni bab lain.

02.
Sifat terlalu mahu mengambil tahu/penyibuk . . (erk, yang ni tanda caring taw) 

03. 
Sifat gelabah (yang ni aku paling benci) ada 1 peristiwa sadis yang tak dapat aku lupakan. Sila rujuk no.2 puas aku picit-picit handphone, dial . . yang paling aku tak berkenan, yang angkat suara seorang perempuan dengan nada bersahaja "the person you are calling is not reachable. Please try agaian later, TQ!" Wah, buat  aku panas hati je operator ni. Kemudian mulalah aku menghantar sms-sms yang berbau ancaman kepada dia. (kejamkan aku? kasihan dia)

04.
Sifat susah percaya kepada satu-satu perkara (erk, macam mana nak buang sifat ni? Huh, benci! makin lama makin teruk, rasa macam fobia)
--fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Apabila seseorang itu terus-menerus dengan subjek fobia, hal tersebut berpotensi menyebebkan terjadinya fiksasi. Fiksasi adalah sesutu keadaan dimana mental seseorang menjadi terkunci, yang disebabkan ketidak mampuaan mengawal takutnya. Juga terjadi akibat trauma. (ye dulu aku pernah trauma buat aku menyamakan semua orang itu sama. Kejamkan aku? kasihan dia) Seseorang yang mengalami fiksasi akan memiliki kesulitan emosi. Dan sekarang aku sudah tambah lagi fobia dalam diri aku iaitu Atychiphobia - fear of failure--

05.
Sifat terlalu mengikut emosi. Kadang-kadang/lebih kepada selalu aku suka bertindak ikut perasaan tanpa berfikir yang itu sebenarnya salah dan tidak patut.

06.
Cepat berprasangka buruk. (sila rujuk no.4)

07.
Aku juga suka berimaginasi/teringat-ingat tentang satu-satu perkara yang sudah lama berlaku, apabila seseorang itu bercerita tentang masa silamnya (erk, ini pun boleh dikategorikan sebagai fobia. Huh dasyatkan aku? kasihan dia

08.
Suka meremeh-remehkan sesuatu perkara yang orang lain anggap penting. Aku juga tidak pandai menipu. (Erk, yang ini aku tak pasti sifat buruk atau baik) kata orang apa salahnya menipu sikit untuk kebaikkan si polan. Tapi, kalau aku cuba menipu, aku akan cepat tertangkap, kerana ekspirasi muka aku yang nampak blur, dicampur dengan intonasi suara aku yang tersekat-sekat bila bercakap bohong. (Aku benci orang menipu aku, sebab tu aku tak suka tipu orang) Ceh! nampak sangat aku menipu. 

09.
Mudah berubah pendirian akibat dari sifat mudah kasihan. 

10.
Aku berjiwa halus dan penyanyang. (Erk, yang ni aku sangat suka, walaupun sifat ini selalu menjerat diri) Pernah satu ketika, ada yang mempertikaikan sifat aku yang satu ini, dan aku pertahankan dengan sewajarnya. Dan aku merasa puas. Tapi, akhirnya ia gagal juga kerana semua sifat aku diatas sila rujuk dari no.1 hingga no.9. Huhu. (kejamkan aku? kasihan dia)


           Salam Maulidur Rasul 1432H. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. semoga aku tabah menghadapi dugaan yang akan datang, seperti Nabi Muhammad. Aku bukan Nabi, tapi aku boleh contohi sifat-sifat beliau. InshaALLAH.




No comments:

Post a Comment