Pengharapan Julai yang aku tunggu.
Akhirnya yang ditunggu tiba juga, yang diharapkan harapnya tidaklah menghampakan. Melalui hari-hari getir selama 3 bulan, benar-benar menyeksakan. Terkejar untuk mencukupi yang tidak pernah cukup buat aku tertekan.
Lakal hamdu wasy shukru yaa Rabb, wahai Tuhan kepada-Mu aku bersimpuh, aku sangat bersyukur kerana Engkau telah menganugerahkan rasa cinta/sayang yang indah ini dengan segala suka dukanya terasa indah.
Ganjaran orang yang bersabar telah ALLAH persiapkan. Berusaha mengembalikan apa yang telah aku lepaskan dan lalaikan selama ini. Bukan mudah untuk berubah, dan aku berubah untuk lebih tekun berusaha. Harapnya fokus julai aku tidak terganggu.
Jangan marah jika orang lain tidak berubah seperti yang kita harapkan, kerana kita sendiri tidak berubah seperti yang kita inginkan.
Maka bermulalah sesi Julai aku dengan membawa segunung harapan yang terkandung selaksa doa barakah didalamnya agar terisi damainya hati walaupun selirat otak aku berputar ligat cuba menutup segala lubang-lubang tandus dosa dan beban kredit yang seakan mengekor aku kemana-mana.
Aku pasti semuanya akan kembali normal supaya aku boleh tenang-tenang. Aku yakin, seyakin Rasullullah sewaktu bermimpi akan berhaji dan membuka kota Mekkah. Keyakinan yang kuat buat aku rasa bersemangat selepas kecewa kerana gagal mentadbir diri kerana terbawa-bawa kesedihan dan gerimis hati. Yang ada ini sudah pun harapanku.
Wa man yattaqillaha yaj'al lahu makhraja : Siapa yang bertakwa kepada ALLAH maka DIA akan menjadikan untuknya jalan keluar.
No comments:
Post a Comment