Cerita 1:
Mari hayati dialog antara Sa'ad bin Rabi' Al-Ansari dengan Abdul Rahman Bin Auf. (Muhajirin), sejurus peristiwa hijrah oleh para sahabat dari Makkah ke Madinah.
Kepada saudara barunya Sa'ad berkata: "Sungguh aku orang yang paling kaya antara kaum Ansar. Aku berniat membahagikan hartaku kepada 2 bahagian. Untukku dan untukmu. Aku juga mempunyai dua orang isteri, ambillah siapa yang lebih engkau sukai. Sebutkan namanya padaku, nanti akan aku talakkanya. Jika masa idahnya telah habis, nikahilah dia."
Abdul Rahman menjawab: "Semoga ALLAH memberkati keluarga dan hartamu. Dimana pasar kalian?"
Dia lalu menunjukkan pasar. Abdul Rahman seterusnya berdagang, berusaha, bernikah dan akhirnya menjadi salah seorang lelaki terkaya di Madinah.
Cerita 2:
(tentang seseorang)
Aku keliru kalau kata-kata yang berulang-ulang itu salah atau tidak. Ukhwah itu akhirnya terputus begitu sahaja, kerana kesilapan komunikasi dan perfahaman yang kurang jelas.
Aku masih berharap agar ia dapat diperbaiki. Semoga ALLAH memberkahi ukhwah ini seperti mana Sa'ad dan Abdul Rahman. Sabda Nabi: Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Dan sungguh aku menyayangimu kerana ALLAH saudaraku.

Nah luar biasa kan.. Semoga aku juga diberi keberkatan dalam membina jalinan ukhwah. Sungguh aku cemburu dengan ukhwah luar biasa antara Sa'ad dan Abdul Rahman. Bolehkah aku seikhlas itu dalam bersahabat.
Yaa ALLAH ampunilah aku. Berilah aku kekuatan untuk memaafkan diriku sendiri dan juga orang lain. Aku masih tidak pandai mensyukuri nikmat-Mu kerana aku masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu. Yaa ALLAH, cuma satu..janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Kutiplah aku Yaa ALLAH untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik-Mu. Yaa ALLAH, aku sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah aku untuk jadi orang yang jujur dan benar walau apa jua keadaan dan cabarannya. Aminn.Becik ketitik olo kethoro : Kebaikan akan nampak dan kejahatan akan kelihatan. Pepatah jawa.
NOTA Tambahan: Aku tulis entry ini kerana aku rindu. Rindu itu anugerah Tuhan.
No comments:
Post a Comment