Thursday, June 9, 2011

Kesan.

Parut yang ditinggal luka boleh ke hilang begitu sahaja?
soalan ini kerap ditujukan ke aku. 


Aku tidak ada jawaban yang tepat untuk soalan itu. Tapi, apa yang aku boleh katakan luka memang boleh sembuh, begitu juga parut. Parut boleh hilang, jika kita mahu ia hilang. (confident kan aku? haha)
Kalau tidak dirawat dengan cepat, dan mendapat rawatan yang betul, luka dalam itu memang akan meninggalkan kesan parut. Tentu tak selesa kan kalau parut itu kekal disitu?, sebab tiap kali kita tengok parut tu, kita mesti teringat kejadian ngeri tu balik. (Ohh, tidak!)

Aku sendiri tak sanggup nak hidup dalam ingatan dan kenangan lama disebabkan kerana kesan parut yang hodoh.

Selepas menonton filem kung fu Panda 2, aku dapat sedikit pengajaran dari cerita tersebut, walaupun banyak gangguan-gangguan kecil yang datang dari suara kanak-kanak yang turut menonton bersama. Maklumlah aku tonton filem ni ketika cuti sekolah penggal ke-2 bermula.

Mesej yang dibawa sangat jelas sekali, belajarlah melupakan dan memaafkan. Lepas ni, kalau ada siapa-siapa tanya aku tentang erti sebuah kemaafan, aku boleh jawab dengan yakin. 

Memaafkan seorang musuh lebih mudah dari meaafkan kawan baik -- wikipedia.

NOTA tambahan :Parut diatas adalah disebabkan luka ditinggal pergi oleh orang-orang yang kita sayang. Sama ada ditinggal pergi kerana tidak lagi seia sekata atau pergi dijemput Tuhan. 

Semoga parut ini akan segera hilang dihatimu kawan/(aku) jua. Semoga kita semua diberkati dibulan Rejab ini,mudah-mudahan.



No comments:

Post a Comment