Sunday, January 1, 2012

Antara doa dan harapan.

Januari itu 1. Sedang kau enak diulit mimpi selepas menikmati keseronokkan duniawi sepanjang hari, aku masih segar depan lappy, termanggu-manggu mencari tajuk entry yang sesuai untuk di adapt ke blog ini.

Peristiwa petang tadi buat aku kalut seribu, rasanya lama aku tak serunsing ini, memikir. Kemana agaknya dia? apa khabar sakitnya yang dikhabarkan semalam-semalamnya.

Cemas. Ya, mungkin ini cuma emosi yang berlebihan diambang usia sebelum memasuki usia emas. 


Semoga 2012, lebih banyak bawa kebahagian jiwa dan kekayaan harta buat aku. Terima kasih Tuhan, Kaulah sebaik-baik pelindung. Kau lindungilah dia, agar dia teguh dijalan-MU. 

"Yaa ALLAH, hanya pada-MU tempat aku mengadu segala kesedihan dan kerungsinganku. Saat aku lemah tak berdaya, jangan Kau serahkan diriku kepada diriku sendiri dalam sekelip mata."







No comments:

Post a Comment