When a memory's go so is the soul - 'A Moment to remember.'
Aku bukan nak post entry dalam BI, aku tak berapa pandai nak guna pronaunce. Aku tulis sebab aku tertarik dengan jalan cerita filem dari korea ni, aku sebenarnya benci k-pop. Filem ini dicadangkan oleh adik aku untuk ditonton, selepas aku menghantar pesanan ringkas mengeluh kebosanan sepanjang hari.
Antara part dialog yang aku suka dengar. Dialog ni dalam bahasa korea, aku translate dalam BI. Erkk, yang sebenarnya filem ni memang ada sarikata dalam BI pun.
'You know what I'm waiting here? Not a cigarette light, I'm waiting for the light. Sharing a cigarette light means sharing the light.'
Bukan aku nak ulas balik filem ni, tapi aku rasa soul aku dengan korean soul dah bersatu. Bila aku tonton filem ni, ada satu dialog ni, masa ni heroin a.k.a Kim Su-Jin tengah call bapak dia. Buat aku tiba-tiba aku teringatkan seseorang.
Bapa Kim Su-Jin: I'm your favorite pushover, am I not?
Kim Su-Jin: No, you're not pushover!. You're my chirstmas
Bapa Kim Su-Jin: What?
Kim Su-Jin: I mean Santa Claus *bercakap sambil ketawa dengan wajah yang ceria gila.
Su-Jin panggil bapak dia Santa Claus, tu yang buat aku semangat nak khatamkan filem ni. Dan juga punca aku tersenyum sumbing depan laptop bila teringat perkataan Santa Claus. Jangan tanya aku kenapa. Tapi senyuman aku terhenti bila hujung-hujung filem ni sangatlah sedih dan menyayat hati. Ouh, aku benci k-pop, rugi air mata aku.
Moral filem ni, korang tolak tepi dulu scene romance dan peluk cium. Ni lah sebab aku tak suka tengok romance film. *'FORGIVING, is giving your hate just a little room in your heart.' Part ni paling aku rasa sayu, masa hero a.k.a Chul Soo minta maaf kat bapak mertua dia sebab tak nak Kim Su-Jin dijaga family mertua dia sebab Su Jin ada Alzheimer.
A true carpenter, is the one that can build a house in his heart - A Moment To Remember.
No comments:
Post a Comment