#Korban-- sekarang trend di twitter sempena Raya Korban a.k.a Aidiladha Eid.
Apa makna korban yang korang faham sebelum ni?
Korban pada aku bukan semata-mata kena korban jiwa raga, nyawa, harta, masa, cinta, maruah, kasih sayang, kepentingan diri, bla . . bla . . bla . . lepas tu siap nyanyi lagu abang Jamal, berkorban apa saja dengan mimik muka tercebik-cebik kononya menghayati lirik. Oke, itu teruk.
Korbankan nafsu. Nafsu amarah. Aku sedang cuba untuk korbankan sifat pemarah yang aku rasa inilah sifat aku yang paling buruk, selepas aku kelihatan begitu comel.
Dan aku sampai satu tahap sanggup buang perasaan sayang sebab lebih pentingkan sifat marah.
NOTA: Selamat menyambut hari raya korban dengan pesanan janganlah sebab sayang kau korbankan kesucian diri kau semata-mata kerana nafsu syaitan. Jangan kau cemarkan perkataan korban. Berkorban biar kena pada pada tempatnya. Selamat makan daging korban bukan 'daging kawan'.
Dari Abu Hurairah R.A, telah datang seorang lelaki yang meminta nasihat dari Nabi S.A.W. Dia berkata; Berilah nasihat kepada saya. Nabi S.A.W menjawab; Jangan kamu marah, lalu diulangi beberapa kali, jangan kamu marah. Dia bertanya lagi; Yaa Rasulullah tunjukan saya satu amalan yang membolehkan saya masuk kedalam Syurga. Baginda menjawab; Janganlah kamu marah, nescaya kamu akan masuk Syurga.
No comments:
Post a Comment