Lagu selamat panjang umur dinyanyikan, sumbang tanpa irama senada hasil dari sumbangan suara ramai yang bukan artis. Gumpalan senyum selebar-lebarnya aku berikan untuk ahli keluarga, atas kerjasama tanda terima kasih tak terhingga.
13.MEI, 2012. Genap sudah 30 tahun usia aku. Dan hari ini juga adalah hari ibu. Selamat hari ibu mak, aku ucap kat sini lagi sekali untuk penyedap ayat, walaupun aku dah ucap direct kat mak, sambil cium laga-laga pipi.
Macam-macam perbezaan pendapat tentang sambutan hari ibu. Ulamak A kata haram, ulamak B kata okay, tak ada masaalah kalau nak sambut. Alhamdulillah aku masih tak lari dari akidah.
Memang kalau diikutkan setiap hari kena sayang mak, tiap saat, tiap masa kena hargai mak. Mengikut logik akal aku, sebab aku bukan ustazah tak boleh keluarkan fatwa. Masa nilah yang sesuai nak berikan atau buat sesuatu yang lebih istimewa selain sambut hari ulang tahun kelahiran mak. Oleh sebab aku bukan anak orang kaya, goyang je kaki, petik je jari, income pun masuk tak henti-henti. Dan aku juga tak banyak duit nak bagi mak aku makan kek jenama secret receipi hari-hari. Aku tak berdaya nak balik kampung hari-hari kena bayar tol sampai 2 kali pergi dan balik, tu belum campur duit minyak dan duit makan sepanjang tempoh perjalanan. Aku juga tak banyak masa nak mengadap muka mak (walaupun aku tahu kalau kita tengok wajah mak kita dengan penuh kasih sayang dapat pahala haji) sambil berbual-bual santai, sebab aku kena kerja keras. Nabi suka umatnya yang berkerja keras untuk memperbaiki taraf hidup. Jadi, apa salahnya kalau aku sambut hari ibu yang setahun cuma sekali.
Aku tak tahulah kalau 'engkau' mampu buat semua ni hari-hari kat mak 'engkau'. Sebab aku memang tak mampu. Ouh, alangkah beruntungnya emak 'engkau' tak perlu lagi sambut hari ibu sebab dah tidak ada apa yang istimewa, sampai sanggup 'engkau' mengkapirkan dan me'neraka'kan orang-orang yang nak meraikan mak sendiri.
Aku tak tahulah kalau 'engkau' mampu buat semua ni hari-hari kat mak 'engkau'. Sebab aku memang tak mampu. Ouh, alangkah beruntungnya emak 'engkau' tak perlu lagi sambut hari ibu sebab dah tidak ada apa yang istimewa, sampai sanggup 'engkau' mengkapirkan dan me'neraka'kan orang-orang yang nak meraikan mak sendiri.
Dan sebagai orang islam yang percaya bahawa, kalau kita gembirakan hati mak kita, rezeki itu mudah dan murah. Jadi, aku sambut hari ibu bukan tanda aku kapir dan mengagung-agungkan yahudi! Aku sambut hari ibu, untuk raikan mak aku dan masa tulah kami semua akan berkumpul adik beradik, makan masakan yang mak masak sambil menikmati kek cheese jenama secret receipi bertemankan tiupan angin pantai laut cina selatan sambil mengumpat. Engkau ada?
Jangan jadi macam lalang, suka ikut arah angin, suka belot, suka leka, ikut telunjuk bayang-bayang akhirnya diri terluka.
No comments:
Post a Comment