Sebagai seorang mujahid yang memperjuangkan hidup sendiri untuk terus bebas, kaya, maju dan berjaya, aku harus berubah! Dalam mengorak langkah untuk berubah, sudah tentunya aku acap kali terjatuh.
Seperti kanak-kanak kecil yang disogokkan dengan gula-gula untuk berhenti menangis bila terjatuh kerana terluka, aku juga mahukan gula-gula itu sebagai ganti semangat yang semakin hilang.
'Yaa ALLAH, aku mohon yang sangat-sangat, yaa Tuhan seru sekelian alam, yang maha hidup, yang maha berdiri sendiri, yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Yang maha mendengar doa, yang maha dekat, yang maha mengabulkan doa, kepada-Mu aku mohon, jauhkanlah aku dari manusia-manusia yang mementingkan diri sendiri, yang besifat zalim pedengki dan iri hati. Yaa ALLAH, hanya pada-Mu, aku luahkan segala kesedihanku. Aku percaya janji-janji-Mu, penerimaan doa-doaku, dan kata-kata Mu adalah benar semata. Sesungguhnya Engkau telah berfirman, "berdoalah kepada-Ku, dan Aku akan perkenankan doamu". Yaa ALLAH, perkenankanlah doaku ini.'
. . dan air mata aku mengalir lagi. Ohh! oke, aku sayu.
Kau boleh kehilangan orang yang kau cinta, kehilangan sesuatu yang kau punya. Tapi, jangan pernah kehilangan DIRI mu sendiri.
No comments:
Post a Comment